Kajang, 18 Mac - Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 harus dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti mereka gagal mencegah penyalahgunaan dadah dan alkohol sewaktu berlangsung persembahan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.
"Kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan, bersama-sama dengan PBT dan pihak stadium yang telah menyewakan premis berkenaan kepada penganjur," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata polis telah mengenalpasti 38 makmal utama dadah di negara ini di mana sembilan darinya telah pun diserbu dan peralatannya dimusnahkan.
"Saya tidak mahu beritahu negeri mana dan lokasi mana tetapi tindakan yang dilakukan Sting (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik) sudah mengambil kira dari negara mana mereka yang telah mengusahakan makmal ini," katanya.
BERNAMA