Quantcast
Channel: ZAKRI ALI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 12663

Empat 'Orang Dalam' Penculikan Di Singamata Resort Ditahan Polis

$
0
0
 
Polis Sabah menahan empat individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan di Singamat Reef Resort di Semporna.
Mereka merupakan 'orang dalam' yang membantu dalam insiden penculikan warga china dan Filipina di Resort tersebut dua hari lalu.


Berikutan kejadian itu, saksi memberitahu polis bahawa mereka melihat tiga lelaki bersenjata memasuki resort tersebut manakala empat lagi menunggu dalam sebuah bot kayu di bawah dek.

Polis percaya tujuh lelaki bersenjata yang dipercayai anggota sebuah kumpulan dari selatan Filipina yang melakukan kegiatan culik untuk mendapatkan wang tebusan, melarikan kedua-dua mangsa ke perairan antarabangsa dan kini berada di Filipina.

Seorang warga China, Gao Huayuan, 29, dan seorang pekerja resort, Marcy Darawan @ Mimi, 40, diculik dari resort tersebut kira-kira pukul 10.30 malam, Rabu lalu.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 12663