
Dengan adanya komputer peribadi dan peranti mudah alih, semua lapisan masyarakat dapat menikmati aktiviti online pada bila-bila masa dan di mana saja.
Bilangan pengguna internet Malaysia mencecah 18 juta pada tahun 2012 dan dijangka akan mencapai 25 juta pada tahun 2015.
Tapi tahukah anda aktiviti online menggunakan internet sekarang ni boleh mendedahkan kita kepada jenayah siber?
Tapi tahukah anda aktiviti online menggunakan internet sekarang ni boleh mendedahkan kita kepada jenayah siber?
Setiap aktiviti online yang kita buat di internet seperti berkongsi gambar, online banking, berhubung dengan kawan di Facebook dan Twitter, membeli belah secara online dan sebagainya boleh menjadikan kita sasaran penjenayah siber.
Kajian oleh pihak Trend Micro mendapati 69% daripada kita mendedahkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir di laman sosial.
Kajian oleh pihak Trend Micro mendapati 69% daripada kita mendedahkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir di laman sosial.
47% pula mendedahkan lokasi dengan berkongsi lokasi semasa di laman sosial. Perbuatan macam tu boleh mendedahkan kita kepada bermacam-macam bahaya.
Pendedahan maklumat peribadi secara online banyak berlaku melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya.
Pendedahan maklumat peribadi secara online banyak berlaku melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya.
Selain tu melalui aplikasi smartphone yang diberi akses untuk mengutip data peribadi yang terdapat dalam phone pengguna.
Kebanyakan aplikasi mobile yang percuma juga mempunyai iklan yang boleh dapatkan maklumat peribadi kita apabila diklik.
Dah banyak berlaku penipuan kewangan secara online, kecurian identiti dan data yang hilang sekarang ni.
Dah banyak berlaku penipuan kewangan secara online, kecurian identiti dan data yang hilang sekarang ni.
Penjenayah siber yang memiliki data tersebut dapat buat bermacam perkara untuk kepentingan mereka sendiri seperti mencipta identiti palsu untuk kegiatan jenayah atau menggunakan data tersebut untuk sasaran kepada rakan-rakan dan keluarga kita.