
Naib Presiden PKR dan MP Padang Serai N Surendran digantung enam bulan lagi daripada menghadiri sidang parlimen - hanya beberapa hari selepas beliau tamat menjalani penggantungan sejak November lalu.
Sementara Timbalan Presiden dan MP Gombak Azmin Ali pula diarah keluar daripada Dewan Rakyat semasa pertikaian panas apabila usul menggantung Surendran dibentangkan.
"Sudah rasmi, Parlimen hanya 'rubber stamp' (cop pengesahan)."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membaca usul ke atas Surendran kerana kenyataannya dianggap menghina Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Isnin lalu.
Azmin diusir keluar setelah terlibat dalam perdebatan hangat dan memanggil Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman mempunyai "perangai hodoh".