Ada sebab penting kenapa orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak.
Jaga anak di sini bukan bermaksud sekadar berikan duit untuk makan minum mereka. Tetapi bermaksud menjaga anak seperti yang dilakukan oleh kaum ibu.
Selama ini, bab jaga anak-anak akan diserahkan terus kepada kaum ibu sahaja, itupun jika isteri tidak bekerja.
"Buat lelaki yang nak panduan jaga dan bimbing anak dapatkannya melalui ebook Teknik Mendidik Anak"Jika suami isteri, kedua-duanya bekerja maka tugas jaga anak akan diswastakan pula pada tok atau nenek kepada anak kita.
Ibu bapa sekarang kerap outsource tugasan jaga anak
Jika tok atau nenek tegas dan berani menyuarakan perkara sebenar bahawa tidak sepatutnya dibebankan kepada mereka tugasan untuk menjaga cucu, maka terpaksalah pula diberikan tugasan menjaga anak-anak kepada pembantu rumah. Sebab itu ramai kanak-kanak bolehg bertutur dengan lancar loghat Indonesia sekarang. Biasanya pembantu rumah adalah Indon.
Jika tak ada pembantu rumah pula, anak-anak kan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak. Sementara ibubapa pergi bekerja, anak-anak akan dijaga oleh pengedali pusat jagaan kanak-kanak itu dari pagi sampai petang.
Siibu akan segera balik awal tanpa buat overtime untuk bergegas mengambil anak-anaknya di pusat jagaan. Setiap kali ambil anaknya, dia akan merungut anaknya comot, berbau, berak tidak dibasuh sehingga tahik menjadi kering dan bermacam-macam lagi masalah. Biasalah jadi begitu jika membiarkan anak sendiri di jaga oleh orang lain...secara beramai-ramai pula tu!.
Orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak kalau nak sihat
Jika anda seorang yang menilai, kesihatan lebih bagus daripada kekayaan, maka anda perlu bersetuju bahawa orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak.Ini kerana data menunjukkan kumpulan orang lelaki yang kerap jaga anak mempunyai jangka ahayat yang lebih panjang. Jangka hayat yang lebih panjang adalah sinonim dengan kesihatan yang lebih baik. rujuk sini
Maknanya, orang lelaki yang lebih kerap jaga anak, lebih kerap mengasuh anak-anaknya dan lebih kerap bersama dengan anak-anaknya, didapai mempunyai kesihatan yang lebih baik. Lebih kerap maka lebih meningkat tahap kesihatan mereka.
Kesihatan meningkat, kekayaan sedikit berkurang"Jika anda mahu lebih kerap jaga anak, boleh cuba dapatkan panduan dari ebook
Cuma itulah sahaja masalahnya. Bila orang lelaki kerap terpaksa mengasuh anak-anak, pendapatan mereka akan berkurangan. Keupayaan mereka untuk naik pangkat juga akan menurun apabila tidak dilihat sebagai pekerja yang berdedikasi.
Orang lelaki yang asyik-asyik bercuti atau sentiasa balik awal untuk menguruskan anak-anaknya dilihat lebih mementingkan keluarga berbanding kerjaya.
Atau mungkin juga orang lelaki yang lebih kerap jaga anak-anak akan dilihat sebagai dikawal dan dikuasai oleh isteri. Isteri keluar bekerja, komited pada kerjaya sedangkan si suami terpaksa ambil tanggung jawab menguruskan hal ehwal anak-anak.
Jalan terbaik adalah pastikan kedua-dua ibu dan bapa sama-sama kerap jaga anak
Untuk mengelakkan masalah pertelingkahan. Dan untuk meningkatkan tahap kesihatan kepada kedua-duanya samada ibu atau bapa, perempuan atau lelaki, maka eloklah kedua-duanya seiring jalan bersama jaga anak-anak. Jika dapat buat begitu, maka kedudukan akan lebih seimbang.Jika isteri merupakan suri rumah sepenuh masa, pastikan bapa sentiasa ambil peluang balik awal untuk menguruskan anak-anak. kalau boleh pastikan tugasan menghantar anak ke sekolah atau tadika dilakukan oleh bapa.
Begitu juga tugasan mendodoi bayi perlu dilakukan oleh bapa dengan lebih kerap. jadi balik awal atau pulang ke rumah ketika rehat. Yang pentingnya masa untuk lelaki bersama anak-anak perlu dipanjangkan.
Bukan saja meningkatkan kesihatan, malah dapat mengeratkan lagi perhubungan antara anak-anak dengan ayahnya.
Cuma masalahnya tak dapatlah mengumpul harta bertimbun. Tak dapatlah pakai kereta mewah dan lain-lain seumpamanya..kerana akan dilabel sebagai tidak mementingkan kerjaya. Begitulah ceritanya kenapa orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak!.