Quantcast
Channel: ZAKRI ALI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 12663

BERITA SELANGOR Fuziah ambil tindakan undang-undang, bakal saman blogger MyMassa

$
0
0
Lawan Corruptions
BERITA SELANGOR Fuziah ambil tindakan undang-undang, bakal saman blogger MyMassa Jan 18 2014 / Nurul Farina Nazlan Oleh : AFEEQA AFEERA  SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini.  Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.  "Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya," katanya melalui laman Facebook.  Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya.  Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China.  Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan.  -NFN-Nurul Farina Nazlan
Oleh : AFEEQA AFEERA.


SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya," katanya melalui laman Facebook.

Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya.

Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China.

Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan.

-NFN-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 12663