Quantcast
Channel: ZAKRI ALI
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live

Kepalanya Bercerai Dari Badan Jam 3 Ptg Ini, Jika Tuntutan Gagal.. Posted by Ibnu Hasyim

$
0
0
 
Stefan Viktor Okonek dan isteri akan disembelih oleh Abu Sayyaf jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
MANILA: Kumpulan Militan di selatan Filipina, Abu Sayyaf mengugut untuk menyembelih seorang daripada pasangan rakyat Jerman yang ditawan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Abu Sayyaf menuntut tebusan sebanyak 250 juta pesos (RM18 juta) selain mendesak kerajaan Jerman menghentikan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.


Kumpulan militan berkenaan mengugut untuk menyembelih seorang daripada dua warga Jerman itu pada Jumaat.

Komander Tentera Filipina di Jolo, Colonel Allan Arrojado berkata, berikutan itu, pihaknya telah mengarahkan lebih banyak rondaan dibuat untuk mengesan mangsa.


"Kami telah bersedia untuk operasi penguatkuasaan.
"Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membahayakan nyawa mereka," katanya kepada pemberita.

Mangsa, Stefan Viktor Okonek dalam satu temubual radio pada Rabu berkata, dia telah dikurung di dalam lubang yang dikatakan akan menjadi kuburnya jika tuntutan kumpulan itu tidak dipenuhi.

"(Abu Sayyaf) memberitahu lubang ini adalah kubur saya," katanya.

Pasangan itu ditawan ketika berlayar di sekitar Palawan berhampiran Sabah pada April lalu. Jurucakap kumpulan militan itu, Abu Rami berkata, mereka akan memenggal kepala warga Jerman itu pada pukul 3 petang waktu tempatan sekiranya tuntutan yang dibuat tidak dipenuhi. (mStar)

Rahsia Tengku Mahkota Johor Terbongkar Lagi..

$
0
0

Inilah cara Tengku Mahkota Johor raikan kemenangan pasukan JDT menentang Terengganu malam tadi di stadium Larkin di Johor Bharu. Sebagai pewaris takhta negeri Johor sepatutnya TMJ tidak molek berkelakuan sebegini. 

Rakyat tuanku dan seluruh negara melihat gelagat tuanku. Tidak adakah kelakuan yang lebih elok untuk meraikan kemenangan.

Jika tuanku rakyat biasa mungkin orang ramai tidak ambil peduli. Hanya sekadar teguran..

Addin 

Rahsia Tengku Mahkota Johor Terbongkar?


Kebimbangan ke atas projek Forest City – projek tambakan laut untuk menghasilkan pulau sebesar separuh saiz Putrajaya di Selat Johor – masih belum reda, namun dua lagi projek kini dalam perancangan.

Malaysiakini pada hari Isnin lalu melaporkan mengenai penglibatan Sultan Johor dalam projek Forest City, namun anaknya, Raja Muda Tunku Ismail Idris, juga menunjukkan kepintaran berniaga dengan dua projek tanah tambakan itu, yang kedua-duanya dijalankan oleh Benalec Holdings Bhd.

Empayar Tunku Ismail bukan hanya terhad di Johor.

Dalam satu pengumuman pada September tahun lalu oleh firma Singapura, Rowsley Ltd kepada bursa saham repulik itu SGX, ia mendedahkan bahawa Tunku Ismail menjadi pemegang saham utama penting dalam Rowsley Ltd.

Ia timbul selepas beliau menerima 12.78 peratus pegangan dalam Rowsley Ltd, bernilai S$81.5 juta (RM209 million) selepas menjual 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang dimiliki Vantage Bay Sdn Bhd (VBSB), yang mana raja muda itu memiliki pegangan 30 peratus.

Jualan tanah itu sahaja menjadikan kekayaan Tunku Ismail, 30, melonjak melampaui tahap individu ke-50 paling kaya di Malaysia dalam senarai Forbes 2014.

Individu dalam senarai ke-50 dalam senarai itu ialah Robert Tan, seorang pemaju hartanah yang mencipta nama melalui projek Mid Valley City dan Garden Malls dengan nilai harta sebanyak RM220 juta.

Menurut pengumuman kepada SGX, 70 peratus saham selebihnya dalam VBSB dipegang oleh jutawan Singapura, Peter Lim, yang menguasai sebahagian kepentingan dalam Rowsley Ltd.

Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah seluas 9.23 hektar itu terletak dalam kawasan utama Iskandar Malaysia.

"Ia terletak di kawasan mengadap laut, hanya beberap ratus meter dari kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin baru Johor, yang memeri kemudahan kepada warga Singapura untuk mengunjunginya kerana dekat dengan Singapura,” kenyataan itu dipetik.

Ia bukanlah kali pertama jutawan Singapura itu dikaitkan dengan keluarga diraja Johor.

Pada Mac, adik kepada Tunku Ismail, Tunku Abdul Rahman, 21 menandatangani memorandum persefahaman dengan Soverus Group, yang turut dimiliki Lim, untuk menyedia perkhidmatan keselamatan premium untuk Iskandar Malaysia.

Ia mendapat tumpuan Putrajaya, yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan firma asing mengawal keselamatan di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana firma keselamatan tempatan yang didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh firma asing akan dibatalkan lesennya.

Di Johor, Tunku Ismail memiliki kepentingan dalam dua projek tambakan, satu di barat daya Johor, di perairan Tanjung Piai, dan satu lagi di tenggara, di perairan Pengerang.

Pimpinan baharu PKR kena agresif

$
0
0
 
IPOH – PKR Perak mengharapkan kepimpinan baharu jawatankuasa pusat parti itu lebih agresif dalam menyantuni hati dan kepentingan rakyat.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, langkah itu perlu berikutan wujudnya krisis dalam kalangan ahli yang berlaku sebelum ini mengganggu persepsi rakyat terhadap kemampuan parti itu.

Menurutnya, sebagai jawatankuasa tertinggi, setiap pimpinan juga perlu memberi gambaran yang baik kepada ahli.

"Masuk tahun baru ini, kena lebih agresif, tetapi perlu telus, yang penting kita perlu tunjuk akhlak yang baik dan bekerja sebagai satu pasukan," katanya.

Dalam pemilihan kepimpinan PKR penggal 2014-2017 ini, Dr Muhammad Nur  turut terpilih mengetuai biro pemahaman dan pemantapan agama.

Beliau berkata, pemilihan itu dianggap bonus bagi memantapkan lagi perjalanan parti khususnya di Perak.


KedahLanie

VIDEO - (Freedom Walk 2014) Andrew Khoo: Government To Make Sure The Rule Of Law Be Applied Equally

Hospital KPJ dikesali taja bersalin orang kaya macam Che Ta? by admin

$
0
0

 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor meminta Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) supaya menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata ia memandangkan artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.”…sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.

“Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang,” kata Hadzril.


Sehubungan itu, Hadzril menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).


Rozita, 41, yang bakal bersalin pada bila-bila masa, mengandung anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Mereka diijabkabul pada 11 Disember 2013.


Sebelum ini mereka dilapor mendapat tajaan perkahwinan pelbagai pihak yang mencecah kos keseluruhan berjumlah RM13 juta termasuk kelengkapan barang kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.


Rozita mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16 tahun. Rozita dijangka bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini. 


KL-TODAY.COM

Kerajaan BN - Jangan Kangkungkan Kami !!

$
0
0

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, dasar memberi subsidi kepada semua rakyat adalah dasar yang bodoh. 
 
Beliau juga dipetik sebagai berkata, jika subsidi sebanyak RM24 bilion setahun itu tidak diberikan, ia boleh digunakan untuk membina 40 hospital setiap tahun.
1) Apabila Kerajaan Persekutuan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen dalam September 2013, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh September 2013 hingga September 2014 adalah RM4.7 bilion;

2) Apabila harga petrol dan diesel dinaikkan lagi 20 sen baru-baru ini, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh Oktober 2014 hingga Disember 2014 ialah RM1.4 bilion.

Persoalannya???

Tunjukkan kepada rakyat dimanakah lokasi berpuluh-puluh hospital, sekolah dan universiti yang telah dibina??. 
 
Tunjukkan juga kepada rakyat dimanakah lokasi berpuluh-puluh perkhidmatan bas-bas baru yang telah disediakan oleh Barisan Nasional hasil penjimatan sebanyak RM6.1 bilion ini dalam tempoh setahun yang lalu??

Malangnya kita tahu wang ini tidak dikembalikan kepada rakyat, sebaliknya terus membiayai keborosan pimpinan kerajaan dan peruntukan-peruntukan yang tidak sampai kepada rakyat.

Datuk Ahmad Maslan di seru supaya berhenti menghina rakyat dengan cuba memberi gambaran seolah-olah rakyatlah punca tempangnya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan sekarang. 
 
Pemberian subsidi petrol dan diesel yang selalu diungkit oleh Datuk Ahmad Maslan itu tidak sampai separuh dari jumlah faedah dan bunga yang dibayar oleh rakyat kerana Barisan Nasional terus berhutang. 
 
Sewajarnya untuk mengurangkan belanja kerajaan, lebih berkesan sekiranya Datuk Ahmad Maslan mencari jalan untuk mengurang hutang dan memotong bayaran faedah dan bunga dari hutang-hutang tersebut.

 
(Kredit: Rafizi Ramli)

Bung Mokhtar Mahu Hukuman Hasutan Dihukum Mati Seperti Di Negara China ?

$
0
0



China juga mengenakan hukum tembak sampai mati kepada yang menyalahgunakan duit hasil kutipan cukai dari rakyat.
 
Betul tak Bung Mokhtar?

Kunci Nafsu....??

$
0
0

[Sinar Harian] PASIR PUTEH - Kerana cemburu, sebilangan manusia sanggup bertindak kejam dan di luar batasan agama dengan menggunakan perkhidmatan bomoh bagi mengunci nafsu sehingga mangsa hidup menderita.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Hafiz Nor mendedahkan, akhir-akhir ini beliau lebih banyak mengendalikan kes seperti itu yang dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Katanya, bagaimanapun kaedah memasukkan bahan dalam makanan dan minuman tidak lagi popular kerana sihir itu boleh dituju kepada mangsa dari jarak jauh tanpa perlu sentuhan fizikal.

Menurutnya, terdapat kes yang mana isteri muda mengenakan sihir menggunakan bantuan bomoh ke atas suami sendiri kerana didorong perasaan cemburu kepada isteri tua.

"Mangsa yang terkena sihir ini menjadi tidak bernafsu kepada mana-mana wanita dan lebih teruk, ada dalam kalangan mangsa mengalami sakit pada kemaluan serta seluruh badan berkudis.

"Dalam kes lain pula, ada sihir yang membuatkan suami dilihat jijik dan busuk oleh isteri sendiri. Semua ini dilakukan kerana manusia tidak berpegang teguh kepada agama," katanya.

Tambahnya, terdapat juga kes yang mana mertua mengenakan sihir ke atas menantu kerana kurang bersetuju dengan perkahwinan anaknya.

"Menantu akan jadi tawar hati dan hubungan suami isteri menjadi dingin. Lebih parah apabila menantu (perempuan) tidak diberikan nafkah zahir dan batin," jelasnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah, di sini, semalam.

Mohd Hafiz berkata, rawatan menggunakan ayat al-Quran dilihat berkesan membuka semula nafsu yang dikunci menggunakan sihir, bagaimanapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

Tegasnya, sentiasa mendekati ALLAH SWT merupakan sesuatu yang perlu dilakukan kerana ALLAH SWT berkuasa atas segala-galanya.

"Ada sihir bertujuan 'menipu pandangan' menyebabkan orang disihirkan dilihat hodoh atau menakutkan sehingga ada satu kes yang mana anak kecil menangis kerana tidak mahu didekati ibu sendiri," katanya. -17/10/14
 
 
DCM

VIDEO Konspirasi Menjatuhkan DS Anwar Ibrahim Oleh Raja Komando

$
0
0


DSAI...

Aku sendiri mendengar...


Perbualan telepon ketua umno bahagian dgn satu nama besar...


Berbincang mahu menjalin sebuah konspirasi...


Menuduh DSAI kes sodomi...


Waktu itu cuma aku dan ketua umno bahagian itu...


Sedang makan asam pedas di bacang, melaka...


Muka ketua umno itu tercengang...


Mendengar apa yg dituturkan si pemanggil itu...


Ya sebuah nama besar...


Lantas aku bertanya kenapa ?. .


Si ketua umno sekadar berkata.. Kamu tunggu saja waktunya...


Itu lah kes liwat pertama .. 


DUSTA N FITNAH SEMATA2...

Hadi punca gagalnya impian Putrajaya Pakatan, kata Penganalisis

$
0
0

PAS perlu presiden baharu? 

 Prof. James Chin - Universiti Monarsh
  
Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mampu menawan Putrajaya selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS sebagai president, kata penganalisis, mengaitkan pemimpin konservatif itu dengan tembok kepercayaan yang runtuh akibat cara beliau menangani hubungan dengan DAP dan PKR. 
Profesor James Chin dari Universiti Monash menyifatkan Hadi sebagai halangan utama PR untuk mara ke Putrajaya.

 "Tidak akan ada kepercayaan (antara sesama parti dalam PR) selagi Hadi menjadi presiden PAS. PR tidak akan maju ke depan selagi Hadi tidak diganti," katanya kepada The Malaysian Insider. 
Pandangan ini dipersetujui penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang berkata Hadi bersikap tidak matang dalam menangani kemelut menteri besar Selangor. 
 
"Apabila Jawatankuasa PAS Pusat tidak setuju dengannya, Hadi pergi mengadu kepada badan lebih tinggi, iaitu Majlis Syura Ulama,” katanya. 
Ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata, sebagai presiden PAS, tindakan Hadi itu mendapat perhatian. "Orang melihat sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan presiden PAS dan ini menjejaskan kredibiliti.

"Jika Hadi kekal presiden, selagi itu label 'tidak boleh dipercayai' akan kekal terhadap PAS," katanya kepada The Malaysian Insider. 
PAS dan Hadi khususnya, dikritik penyokong PR kerana tidak sehaluan dengan PKR dan DAP dalam pemilihan calon menteri besar Selangor. 
Hadi mempertahankan tindakannya, mengatakan ia selaras prinsip Islam dan berkata, dia berhak membuat keputusannya sendiri walaupun ia bertentangan dengan keputusan jawatankuasa pusat.

Pada penutup Muktamar Tahunan PAS di Johor bulan lepas, Hadi membuat ucapan berapi-api menjunjung golongan konservatif dalam parti dan bukan merapatkan barisan dengan PKR dan DAP, sebaliknya berkata dengan panjang lebar yang PAS akan mengikut prinsipnya sendiri dalam isu dasar dan pemerintahan, meskipun ia akan terus menjadi sebahagian daripada PR.

 Ketegasan Hadi yang PAS dengan caranya sendiri dan tidak terikat kepada sekutunya dalam PR, diikuti golongan konservatif lain dalam parti Islam itu yang mahu kerjasama politik PAS dengan PKR dan DAP dikaji semula. 
Ulama berusia 67 tahun itu, yang juga ahli Parlimen Marang, menerajui PAS sekarang ketika keretakan dalaman nampak begitu ketara.

PasMa, gerakan yang mahu mendesak PAS terus kekal dalam PR, ditubuhkan sebahagian bekas ahli PAS yang risau dengan hala tuju parti itu. Pada Rabu, seorang ahli parti yang berharga, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, meninggalkan PAS selepas 4 tahun lalu meninggalkan Umno untuk menyertai parti itu. 
Anak bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau tidak gembira dengan cara PAS menangani kemelut menteri besar Selangor.

Wan Saiful berkata, selagi Hadi menjadi presiden, selagi itu orang ramai akan mempersoalkan sama ada PAS boleh dipercayai untuk terus setia dengan PR atau sebaliknya. 
"Kalau pilih kepimpinan macam lalang, selagi itu masalah akan kekal. PAS perlu nyatakan pandangan betul-betul, hendak duduk dalam PR atau Barisan Nasional," katanya. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani sementara itu berkata, keretakan dalaman PR mula kelihatan semasa isu menteri besar Selangor.

"Ia makin nampak jelas khususnya semasa pilihan raya kecil Pengkalan Kubor," katanya kepada The Malaysian Insider. "Tetapi, situasi dapat diselamatkan kerana masih ada dalam PAS yang mahu parti terus teguh bersama PR,” katanya. 
Bagaimanapun, beliau menjangkakan keadaan akan jadi lebih buruk jika PAS meneruskan usaha mereka membentangkan pelaksanaan undang-undang hudud, sama ada di peringkat negeri atau Parlimen.

"Kalau PAS bentang Hudud di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, saya rasa mungkin PR boleh berpecah kerana tidak sehati sejiwa,” katanya. 
Hadi sebelum ini dipersalahkan sebagai punca utama PAS hilang kuasa di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, dengan pengkritik menuduhnya tidak mampu menyelesaikan perselisihan dalaman.

Hadi juga gagal mempertahankan Terengganu yang dimenangi PAS pada 1999 selepas mentadbirnya selama satu penggal. 
Bantahan dalaman terhadap Hadi juga menjadi lebih jelas dengan tertubuhnya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau Pasma itu. 
Dalam krisis Selangor baru-baru ini, parti Islam itu yang paling teruk terkesan dengan 2 wakil rakyatnya digantung selama setahun kerana tidak mematuhi perintah parti.

"Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) digantung, ia tidak akan beri kesan besar kepada hubungan formal PR," kata Chin. 
Bagaimanapun, Chin mengingatkan yang senario mungkin bertukar secara drastik jika Saari dan Hasnul memutuskan meninggalkan PAS dan menyertai PKR sebagai gantinya. 
"Ia berpotensi menjadi krisis berat di dalam PR jika kedua-dua wakil rakyat itu keluar PAS dan menyertai PKR ," katanya kepada The Malaysia Insider. – TMI

Protes Secara Senyap Terhadap Kenaikan Harga Minyak Lebih Berbahaya Buat Umno BN

$
0
0

‘Silent protest’ bahaya untuk kerajaan
[sinar]- Protes secara senyap terhadap kenaikan harga minyak lebih berbahaya buat pemerintah, kata Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Menurutnya, rakyat pada masa kini dilihat lebih bertindak melahirkan rasa tidak puas hati melalui media sosial bukannya demonstrasi seperti yang berlaku sebelum ini.

“Isunya adalah kerajaan naikkan harga minyak. Rasa tak puas hati rakyat itu boleh disampaikan melalui cara demonstrasi. Itu cara langsung.

“Keduanya rasa tak puas hati itu dikeluarkan melalui media sosial...'silent protest'. Terlalu banyak kita lihat sekarang. Bagi saya, itu yang bahaya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas suasana beberapa siri demonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak baru-baru ini yang kurang mendapat sambutan.

Katanya, kurang sambutan itu bukan bermaksud rakyat tidak lagi marah sebaliknya rakyat bakal menzahirkan perasaan mereka pada keputusan pengundian pilihan raya akan datang.

“Kerana kalau rasa tak puas hati itu dikeluarkan dalam bentuk begitu dan tidak nampak rasa tak puas hati, tapi kemudiannya dizahirkan dalam bentuk pengundian akan datang, akhirnya ini berbahaya untuk pemerintah.

“Kalau dibuat melalui demonstrasi dan sebagainya, paling kurang mereka nampak,” katanya.

Tambahnya, pembentangan bajet 2015 yang lalu tidak mampu menenangkan rakyat meskipun pelbagai insentif disediakan untuk rakyat. 


IdaMan.

Hadi the stumbling block to Pakatan’s Putrajaya ambitions, say analysts BY MD IZWAN

$
0
0

Topik Panas: Hadi Menjadi Penghalang Utama PR Ke Putrajaya

Pada aku tulisan ini padat, ringkas dan berterus terangJadi kalau PAS/PR berhasrat merialisasikan cita-cita ini, Hadi mesti undur atau diundurkan Ahli PASItu adalah rumusan yang tertulis (pakar) di sinilah 

 

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang sings his own tune and has come under fire from Pakatan Rakyat supporters for the way he broke ranks with DAP and PKR over the choice of Selangor menteri besar. – The Malaysian Insider file pic, October 17, 2014.


Pakatan Rakyat (PR) does not look capable of conquering Putrajaya so long as Datuk Seri Abdul Hadi Awang remains as PAS president, analysts say, citing the trust deficit that the conservative leader has built recently over the handling of ties with DAP and PKR.
Professor James Chin of Monash University said Hadi was the main obstacle in PR's march towards Putrajaya.
"There will be a lack of trust among the parties in Pakatan Rakyat so long as Hadi remains as the president of PAS," Chin told The Malaysian Insider.
His view was echoed by Wan Saiful Wan Jan, who said that Hadi had displayed immaturity in handling the Selangor menteri besar impasse.
"Hadi faced opposition from the PAS central committee over the crisis and immediately complained to the powerful Shura Council."
Wan Saiful, the chief executive officer of the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), said Hadi's behaviour had not gone unnoticed.
"Hadi is the president of PAS and his childish behaviour has not only jeopardised his credibility but the party as well.
"As long as Hadi remains the party president, questions will arise whether PAS can be trusted or not. PAS will be labelled as untrustworthy so long as Hadi is around because people will constantly wonder," Wan Saiful told The Malaysian Insider.
PAS and Hadi, in particular, have come under fire by PR supporters for the way he broke ranks with DAP and PKR over the choice of Selangor menteri besar.
Hadi defended his action, citing Islamic principles and said he had the right to make unilateral decisions even if they contradicted the central committee.
In a fiery closing speech at the PAS annual assembly in Johor last month, Hadi upheld the conservatives in the party and instead of closing ranks with DAP and PKR, said in so many words that PAS would march to its own tune on policy and governance issues, despite being part of the PR coalition.
Hadi's assertion that PAS is its own party and not beholden to its allies has been followed by other conservatives in the Islamist party, who want a review of the political cooperation PAS has with DAP and PKR.
The 67-year-old ulama, who is also the Marang MP, is now presiding over PAS at a time when internal rifts have never been more obvious.
PasMa, the movement to pressure PAS to stay in PR, was formed by certain PAS members alarmed at the party's direction.
On Wednesday, a prized member, Tamrin Abdul Ghafar, quit the party after ditching Umno four years ago for PAS. Tamrin, the son of former deputy prime minister Tun Ghafar Baba, was said to be unhappy at the way PAS had handled the Selangor menteri besar impasse.
As long as PAS is under Hadi, there will be doubts about the party's loyalty to the PR coalition.
"The relationship between PAS, PKR and DAP will continue to be treading water if the central leadership is indecisive," said Wan Saiful.
"PAS should come out with a clear statement and vision, do they want to be in Pakatan Rakyat or Barisan Nasional?"

Universiti Utara Malaysia political analyst Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani said the cracks within PR emerged during the Selangor saga.
"It became further evident following the recent Pengkalan Kubor by-election," Azizuddin told The Malaysian Insider.
"The situation was only salvaged because there are still quarters within PAS who want the party to remain with Pakatan Rakyat."
However, Azizuddin said the situation would worsen if PAS continued to press its agenda for Islamic criminal punishment, or hudud.
"If PAS continues with its efforts to table the implementation of hudud in Parliament, Pakatan Rakyat may finally break up due to differences of opinions and principles."
Hadi had previously been blamed as the main reason PAS lost control of Kedah in the 13th general election last year, with critics pointing at his inability to resolve internal differences.
Hadi ad also failed to defend Terengganu, which PAS had won in 1999 but lost after administering for a single term.
Internal opposition against Hadi has also become more pronounced with the founding of PasMa.
In the recent Selangor saga, the Islamic party suffered the most with two of their state assemblymen being suspended for disobeying party orders.
"Although Saari Sungib (Hulu Kelang) and Hasnul Baharuddin (Morib) were both suspended for a year, it will not have an effect on the PR alliance," Chin said.
However, Chin said the scenario might alter drastically if both Saari and Hasnul decided to leave PAS and join PKR instead.
"This could turn into a full-blown crisis within PR if both the assemblymen exited PAS to join PKR," Chin told The Malaysian Insider. – October 17, 2014.

 

THE WATER AGREEMENT, THE REAL TRUTH.........

$
0
0
 
Non of You lot seems to know whats the Water Agreements with the Federal Government is all about. 

So now I have to tell, its a RM 19.5 BILLIONS RIPPED OFF.Even my friend Johari Ismail just wrote cost 7.5 billion. cash in hand 3 billion = deficit 4.5 billions.....


SO U Lot know NUTS...YES 19.5 BILLIONS RIPPED OFF....Not too long ago everybody in K.L. & Selangor was paying their water bill to Bekalan Air Selangor. 

Who & WHAT IS Bekalan Air Selangor. Bekalan Air Selangor previously was known as Malaya Utilities Board, or Malaya Waterworks, DOESN'T this ring A BELL.!!..

Yes during British Colonial TIMES..During those times they wanted to provide water to all, yes i think they succeeded..When they the British were in control there were ample LAND. 

 

Even they used only 5,000 sq ft, they may fence up say 2 acres, land were aplenty those days. 

Later they may build shacks to store their goods & even allowed their workers to stay...those days the compound were so big that people went to play volleyball inside, those were in the 60s.

What I am not sure is their properties outside K.L & Selangor, they told me it was leased to their respective State governments...now its 57years after independence...then the properties must also Revert back to Bekalan Air Selangor. 


Previously the four Companies only manage the assets that including the land. 

By this AGREEMENT the land & properties wil be ceeded to them total. This is why PKR & DAP is Jumping up & down. 


The last Valuation of all the PROPERTIES IS RM 19.5 BILLIONS....SHOCKING !

Kalau beliau TIDAK BODOH apakah MENTERI² YG BODOH?

ISTERI BUAT LAPORAN POLIS, ZAKAR SUAMI TERLALU BESAR UNTUKNYA - Kita Bantai


[Video] Sembang Santai Tok Guru - YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

$
0
0
 



Program Sembang Santai Tok Guru ini telah dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Selangor dengan kerjasama Pas Gombak. 
 
YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dijemput untuk bersembang santai dengan penduduk Selangor di Padang Surau Ikhwan, Taman Samudera, Batu Cave.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjawab beberapa persoaalan semasa.
 
KedahLanie

BersaraKah Anwar Ibrahim?.. Nih jawapan untuk LENSA..

$
0
0

Surat Untuk Anwar Ibrahim yang berjudul " Bersaralah Anwar Ibrahim, Rakyat Nampaknya Sudah Letih" oleh LENSA benar-benar menunjukkan suara kecewa dan lemah anak muda yang tidak mengenali Anwar Ibrahim sebagai Bapa Reformasi Malaysia yang sanggup berjuang tanpa penat dan konsisten berdepan dengan rejim UMNOBN.

Sejarah perjuangan Reformasi yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah membuka mata rakyat Malaysia terhadap kebobrokkan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mahathir dan UMNOBN.

Dimana anak-anak muda LENSA ketika tahun 1998? Di mana anak-anak muda LENSA ketika itu,yang langsung tidak merasai perjuangan rakyat yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim? 


Perjuangan yang digerakkan oleh para reformis 16 tahun yang lalu yang sekarang dikecapi oleh anak-anak muda seperti LENSA dan sebagainya.

Anwar Ibrahim yang merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan , malah dunia mengakui serta mengiktiraf beliau antara 100 tokoh paling berpengaruh.

Jasa dan pengorbanan beliau tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun sewaktu berada dalam kerajaan , apalagi anak-anak muda LENSA yang turut merasai dasar pendidikan KBSR dan KBSM sewaktu dibangku sekolah dulu yang digubal sewaktu Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan.

Perjuangan Reformasi pada tahun 1998, rakyat bangkit ke jalanraya kerana atas kesedaran terhadap kepincangan demokrasi dan kezaliman pemerintahan Rejim UMNOBN ekoran daripada pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim boleh memilih untuk mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat dengan menerima tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama Konsensus Nasional. Itulah manusia bernama Anwar Ibrahim yang punya prinsip dan idealisme menolak tawaran tersebut. 


Nilai setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi keutamaan, apatah lagi membuktikan beliau bukan seorang yang 'tamak haloba' dan 'kemaruk' jawatan.

LENSA harus sedar,ramai yang menyatakan simpati dan tidak sanggup melihat Anwar Ibrahim terpenjara apa lagi menyedari semuanya adalah fitnah serta konspirasi bagi tujuan menamat dan menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim. Proses perbicaraan yang pincang, bukti yang dangkal dan bersifat 'male fide'.

Anwar Ibrahim boleh memilih dan menerima tawaran untuk ke luar negara, sepertimana yang ditawarkan oleh Turki, tetapi Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat, mati hidupnya adalah untuk Rakyat Malaysia dan kecintaan beliau kepada Malaysia yang tercinta.

Beliau boleh memilih jalan kesenangan dan kemewahan, bersekongkol, menjilat dan sujud pada rejim zalim UMNOBN, tapi sosok Anwar Ibrahim memilih garis melawan kerakusan dan kebobrokkan rejim UMNOBN sehingga terpaksa menerima situasi sebegini, diaib dan dinafikan keadilan dan kebenaran.

Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah lambang kezaliman terhadap rakyat. Anwar Ibrahim terseksa kerana memilih untuk bersama rakyat. Beliau ialah mangsa politik kotor dan jijik serta desparado UMNOBN.

Rakyat harus bangkit bersama Anwar Ibrahim. Rejim UMNOBN terpaksa mengunakan institusi kehakiman sebagai 'nyawa' untuk menyelamatkan diri pimpinan UMNOBN yang bersalut kerakusan, rasuah,penyelewengan,ketirisan dan kezaliman serta mengkhianati rakyat. Anwar Ibrahim adalah musuh nombor wahid menjadi mimpi ngeri kepada mereka.

Rakyat harus bangkit bersama-sama Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan institusi kehakiman yang bukan sahaja terhadap Anwar Ibrahim, termasuk Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam dan sebagainya yang tujuan untuk mencengkam kebebasan rakyat.

Perjuangan Anwar Ibrahim bukanlah perjuangan yang sia-sia. Perjuangan beliau adalah mata rantai perjuangan rakyat.

JINGGA 13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Anak muda untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada 'Perdana Menteri Rakyat Malaysia' yang telah mendapat mandat 53% majoriti dalam PRU 13 pada 28-29 Oktober di Istana Kehakiman Putrajaya kerana Rakyat Hakim Negara!


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA 
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia 



ANAK SUNGAI DERHAKA 


Komen:

 
 
Jangan hanya kesilapan KAJANG MOVE - kita terus membenci dan tidak membela DS Anwar dalam kes FITNAH 2 ini - 
 
Sebab itu Mamakdey dan pemimpin2 UMNO bermaharajalela - kerana orang2 Melayu Ni Mudah Lupa. 
 
Kalau dibandingkan dengan pengorbanan DS Anwar demi menegakkan keadilan buat kita semua - tidak sepatutnya kita tinggalkan beliau tanpa memberi "SOKONGAN MORAL"..... 
 
 
Fikir fikirkan Lah !!

PAGI INI KOLUMPO KITO PUNYO...?? KUALA LUMPUR ZINE FEST 2014.

$
0
0
Kuala Lumpur Zine Fest 2014 (KLZF14) bakal diadakan pada 18 Oktober 2014 di Dataran Undgrnd, Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Acara ini diadakan dibawah acara utama iaitu Kuala Lumpur Writers and Readers Festival atau nama komersilnya Kolumpo Kita Punya!

Antara mereka yang akan berdagang di acara kali ini adalah penerbit-penerbit zine seperti Norifumi, Fragranfrantik, Psychotic Art Zine, Mosh dan lain-lain. Beberapa kolektif penerbit zine juga bakal turut serta seperti Geng Gelabah, 321 Go Create dan Serak-serak.

Disamping itu, pelbagai karya DIY/independen yang lain akan dijual seperti hasil seni, muzik dan juga pakaian. Kebanyakannya adalah hasil buah tangan pengusaha DIY tempatan.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik dan puisi dari artis-artis independen tempatan seperti The Mindless Show, Orkes Rakyat Tertindas, Jabatan Audio dan Petak Daud. 

MENGENAI KUALA LUMPUR ZINE FEST

KLZF kali ini adalah kali keempat penganjurannya. Ia mula diadakan pada tahun 2010, kemudian pada tahun 2012 dan 2013 di tempat-tempat yang berlainan. Sambutan untuk KLZF pada tahun lepas di MIA Arts Center sangat menggalakkan, jadi ia diteruskan tahun ini dan diharapkan berterusan di tahun-tahun mendatang.

APA ITU ZINE?

Zine merupakan publikasi amatur yang diterbitkan sendiri oleh penulis. Kebiasaannya ia dibuat dirumah dan dicetak/diperbanyak dengan menggunakan teknik yang murah seperti fotostet. Topik dan tema zine yang popular diketengahkan dalam zine-zine di Malaysia adalah seperti muzik, literature, puisi, politik dan komik.


Tarikh: 18 Oktober 2014

Tempat: Dataran Undrgrnd (bawah Dataran Merdeka)
Masa: 10 pagi-10 malam
Masuk percuma


Hubungi: 017-963-93-16 (Nizam)
atau 012-254-37-14 (Atiqah)


TUKAR TIUB.

Lelaki jumpa tikus mati di dasar gelas kopi McDonald's. Rasa nak muntah

$
0
0
 
 
Pria Kanada temukan tikus mati di dasar gelas kopi McDonald's
 
Tikus di dasar gelas McDonalds. ©CBC
 Seorang lelaki Kanada bernama Ron Morais menemui seekor tikus mati di dasar gelas kopinya ketika dia sedang sarapan dua hari lalu di restoran segera McDonald's.

"Saya sedang meneguk titisan terakhir dari kopi saya. Waktu saya lihat ternyata ada tikus mati," kata dia kepada stesyen televisyen CBC, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Jumat (17/10).

Ketika itu Morais sedang bersama teman kerjanya Jennifer LaHaye.

"'Astaga, ada tikus di gelas saya,'" kata LaHaye menirukan temannya."Saya menatap matanya lalu melihat ke gelasnya. Dia ternyata tidak bergurau."

Morais mengatakan setelah menghabiskan kopi dengan ada tikus mati di gelasnya membuat dia merasa mual.

McDonald's menyatakan mereka sudah menyampaikan pernyataan yang mengatakan perusahaan pengawas kesihatan publik sudah memeriksa restoran segera itu dan menyebut tidak ada masalah wabak pes dalam produk makanan dan minuman mereka.

"Kami menanggapi tuduhan terkait soal kebersihan dan sanitasi dengan sangat serius," kata pernyataan Jason Patuano, pengurus komunikasi McDonald's Kanada.
 
"Dalam menangani situasi ini kami sudah melakukan penyiasatan atas insiden Selasa lalu itu dan bekerja sama dengan otoriti kesihatan."

Departemen Kesihatan Restoran mengatakan tidak ditemui bukti penyakit pes dan semua makanan disegel.

"Kami masih melakukan penyiasatan atas insiden itu dan sudah menghubungi pelanggan itu untuk meminta contoh produk," kata pernyataan McD.

Morais mengatakan dia ingin bertemu dan berbicara dengan pengurusan McD untuk membahas kenapa ada tikus mati di dasar gelasnya.
 
sumber:merdeka.com

Saman Adun BN: Calon PAS bawa ke Mahkamah Persekutuan

$
0
0

 

KUALA LUMPUR: Dua calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan kelayakan dua Adun BN Perak.

Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduki yang masing-masing bertanding di Dun Manong dan Rungkup pada PRU13 lalu, telah mengemukakan saman pemula bagi membatalkan kemenangan Adun BN Mohamed Kamil Shafie dan Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Mereka memberi alasan bahawa kedua-dua Adun BN itu bukan penduduk negeri itu apabila bertanding pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lepas.

Menurut mereka, kedua-dua wakil rakyat BN itu tinggal di luar Perak, dengan itu melanggar Perkara 30 Perlembagaan Negeri Perak yang memperuntukkan bahawa seorang ADUN mestilah penduduk tetap Perak semasa dipilih.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bagaimanapun semalam menolak rayuan tersebut.

Hakim Mohamad Ariff berkata mahkamah berpendapat bahawa saluran sedia ada untuk mencabar pemilihan seseorang calon adalah dengan mengemukakan petisyen pilihan raya seperti termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita hormati dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam. Tetapi kita akan terus perjuangkan hak kita mengikut saluran undang-undang yang masih ada.

"Sata telah berbincang dengan peguam, dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan," kata Misbahul Munir ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tahun lalu membenarkan permohonan kedua-dua Adun BN untuk membatalkan kedua-dua saman itu selepas memutuskan bahawa adalah tidak sesuai bagi calon PAS untuk mencabar keputusan pilihan raya umum dengan mengemukakan saman pemula.

Pada PRU13 lalu, Jamil yang meraih 7,174 undi kalah kepada Mohamed Kamil yang mendapat 7,405 undi.

Misbahul Munir yang mendapat 5,802 undi pula kalah Shahrul Zaman yang memperoleh 6,415 undi.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Chan Kok Keong manakala Mohamed Kamil dan Shahrul Zaman diwakili Datuk Hafarizam Harun dan Choo Shi Jin. - HARAKAHDAILY
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live