Quantcast
Channel: ZAKRI ALI
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live

DAP(S) Tinggalkan PR Jika Ulama Kuasai PAS -Chong Chieng Jen. Posted by Ibnu Hasyim

$
0
0
 
Chong Chieng Jen.
KUCHING: DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan. 

Demikian kata pengerusinya Chong Chieng Jen kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa parti itu di sini.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya, lapor MStar. 

Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.


DAP Sarawak pada Sabtu semalam menyatakan menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR). 

Jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak apa, DAP menjelaskan pendirian partinya menentang hudud. Cuma UMNO yang takut nak jelaskan, masih bolak-balik, lidah bercabang, siang sokong malam ingkar.. 


Ibnu Hasyim

Mazlan Aliman Dedah Punca Tamrin Keluar PAS

$
0
0
 

Orang yang menjadi pencadang dalam borang kemasukan Tamrin Ghafar ke dalam PAS, Mazlan Aliman yakin tindakan PAS menggantung keahlian 2 Adunnya di Selangor menjadi sebab langsung bekas pengerusi Mara itu meninggalkan PAS.

"Saya difahamkan, keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusatpada 12 Oktober lalu mengenai isu 2 Adun PAS iaitu Hulu Klang dan Morib adalah kemuncak yang mendorong Tamrin meninggalkan PAS," tulis Mazlan dalam satu catatannya.

Beliau yang sangat sedih dengan keputusan Tamrin itu berharap PAS dapat memujuk kembali Tamrin agar mengkaji semula tindakannya.

"Saya berharap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dapat mengambil inisiatif memujuk beliau memikirkan semula keputusannya keluar PAS, meskipun kita menghormati hak beliau. "Situasi ini bukan sesuatu yang baik bagi PAS," tulis Mazlan dalam Facebooknya.

Tamrin mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, parti yang disertainya 2 tahun lalu, melalui satu surat yang dihantar kepada setiausaha agung PAS pada 15 Oktober lepas.

Mazlan berkata, beliau bertemu dengan Tamrin dalam majlis makan tengahari bersama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pada 2011, kemudiannya menjadi sahabat baik.

"Kami kerap bertemu terutamanya kerana beliau berminat isu Felda dan tanah," katanya. Katanya, Tamrin mengisi borang PAS pada 11 Julai 2012, di rumahnya.

"Saya sendiri jadi pencadangnya. Beliau selalu sebut, saya ni mualaf Mazlan, PAS kena tarbiyah saya," tulis Mazlan yang juga AJK PAS Pusat itu lagi.

Tamrin kemudiannya diisytiharkan menyertai PAS oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 11 Ogos 2011 di KUIZM, Taman Melewar.

"Perjalanan kehidupannya, dunia politiknya dan ada yang bersifat peribadi diceritakan kepada saya. Dia mahu habiskan sisa hidupnya untuk bersama PAS, atas ikrarnya demi Islam," katanya.

Mazlan berkata, Tamrin aktif berceramah di seluruh negara dan juga menerbitkan risalah berkaitan dengan isu Melayu.

 "Pendedahan beliau sangat menarik dan banyak membantu PAS dan PR. Bagi saya sumbangan dan komitmen beliau dalam PAS amat baik," tulisnya.

Bagaimanapun, katanya, kemelut jawatan MB Selangor, masalah dalaman PAS dan PR meresahkan beliau.

"Beliau kerap luahkan perasaan dan pandangannya pada saya dan rakan-rakan melalui telefon, SMS dan beberapa pertemuan," katanya.

Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Oktober lalu mengambil keputusan menggantung keahlian dua Adunnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Saari dan Hasnul digantung keahliannya ekoran tindakan mereka menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar Selangor yang disifatkan oleh PAS mendahului keputusan pimpinannya.

Sebelum digantung, Presiden PAS ketika membuat ucapan penggulongan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor menyifatkan kedua-dua Adun itu barua dan ada broker di dalam parti Islam itu. 
 

PAS KENA PUJUK TAMRIN KEMBALI - MAZLAN ALIMAN

$
0
0
AJK PAS Pusat, yang juga Presiden ANAK Sdr Mazlan Aliman adalah insan yang bertanggungjawab membawa anakanda Almarhum Tun Ghafar Baba iaitu Tamrin Ghafar untuk menyertai PAS.  Sdr Mazlan adalah pencadang kepada borang permohonan Tamrin untuk sertai Parti Islam tersebut.

Apabila Tamrin baru-baru ini istihar untuk keluar dari PAS dan berterus terang bahawa di antara sebab utamanya beliau keluar dari PAS adalah kerana tindakan PAS yang menggantung keahlian dua Adun PAS iaitu

YB Saari Sungip dan YB Hasnul berikutan kedua-dua Adun dari Selangor berkenaan menyokong pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor.  Bekas Pengerusi MARA itu menjadi keliru dan pening dengan sikap PAS yang tidak tahu arah mana parti berkenaan harus berikan kerjasama. 

Sdr Mazlan Aliman juga turut akui sememangnya Tamrin amat kecewa dengan pendirian PAS di dalam isu MB Selangor.  Sikap PAS itu lah sehingga kini menjadikan PAS berpecah sesama ahli-ahlinya bahkan ramai di kalangan pimpinan PAS sendiri bengong dengan pendirian Presiden mereka. Mazlan Aliman berkata,

"  Saya difahamkan, keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Oktober lalu mengenai isu 2 Adun PAS iaitu Hulu Klang dan Morib adalah kemuncak yang mendorong Tamrin meninggalkan PAS,"

Beliau yang sangat sedih dengan keputusan Tamrin itu berharap PAS dapat memujuk kembali Tamrin agar mengkaji semula tindakannya.  "Saya berharap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dapat mengambil inisiatif memujuk beliau memikirkan semula keputusannya keluar PAS, meskipun kita menghormati hak beliau. "Situasi ini bukan sesuatu yang baik bagi PAS," tulis Mazlan dalam Facebooknya.  Tamrin mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, parti yang disertainya 2 tahun lalu, melalui satu surat yang dihantar kepada setiausaha agung PAS pada 15 Oktober lepas.

Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Oktober lalu mengambil keputusan menggantung keahlian dua Adunnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib). 

Saari dan Hasnul digantung keahliannya ekoran tindakan mereka menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar Selangor yang disifatkan oleh PAS mendahului keputusan pimpinannya. Sebelum digantung,

Presiden PAS ketika membuat ucapan penggulongan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor menyifatkan kedua-dua Adun itu barua dan ada broker di dalam parti Islam itu.

Sebenarnya bukan Tamrin seorang yang pening dengan sikap PAS.  Siapa boleh jangka sebagai sebuah Parti Islam sanggup bertindak sedemikian rupa kepada dua Adun mereka sendiri hanya kerana menyokong Presiden PKR iaitu salah seorang pemimpin besar di dalam gabungan PR? 

Lojik di mana PAS boleh mengambil tindakan ke atas dua Adun berkenaan sedangkan kedua-dua mereka ingin membantu PR untuk menunjukkan bahawa PR punyai majoriti yang cukup bagi meneruskan pentadbiran di Selangor. 

Jadah apanya yang disokong oleh 4 Exco dari PAS berkenaan kepada TSKI yang tidak berparti?  Alasan kononnya untuk mengawal dari kerajaan PR Selangor jatuh ke tangan Umno atau Dun dibubar samasekali tidak masuk akal sedangkan majoriti yang menyokong Azizah telah jauh mencukupi iaitu seramai 30 Adun? 

Mana mungkin Umno boleh memerintah, mana mungkin Dun boleh dibubarkan di dalam keadaan PR punyai majoriti besar?

Jadi, tentulah Tamrin tertanya-tanya mengapa PAS terus menyokong TSKI dan membelakangkan Azizah yang telah mempunyai majoriti?  Apa nawaitu PAS waktu itu?  Itu yang dipersoalkan ramai pihak. 

Presiden PAS boleh ke hulu ke hilir memberikan berbagai alasan mengapa PAS mempertahankan TSKI tetapi tidak semua orang boleh terpedaya dengan alasan yang tidak munasabah itu.

PAS sepatutnya melaksanakan kebijaksanaan politik di dalam menangani isu ini asalkan tidak bercanggah dengan hukum Islam.  Apakah menyokong PR ketika itu bersalahan dengan hukum atau menyokong TSKI yang telah menjadi Adun Bebas itu diwajibkan untuk PAS menyokongnya? 

Di mana maslahah politik itu diletakkan oleh PAS?  Atas sebab itu, Tamrin bertindak keluar dari PAS kerana beliau merasa pelik dengan tingkah laku PAS.

Akibat ketidakbijaksaan itu, kini PAS telah mula merasai kesannya.  PAS sudah kurang membelasah Umno tetapi banyak melatah tentang PasMa yang tiba-tiba wujud ketika isu MB Selangor. 

Pimpinan PAS masih tidak segan silu membelasah rakan-rakan dari PR terutamanya PKR.  PAS mungkin merasa PKR meranapkan impian PAS untuk terus mengekalkan TSKI sebagai MB Selangor. Mengapa begitu bersungguh PAS mahu pertahan TSKI? 

Kononnya, TSKI patut disokong kerana MB Selangor itu tidak disabitkan dengan SPRM atau mahkamah.  Mahu bertanya, adakah sabit dengan SPRM mahu pun mahkamah terhadap dua Adun berkenaan?  Jawabnya tiada.  Jika tiada, mengapa perlu mereka dihukum? 

Kerana disiplin?  Jika itu jawapannya, PKR juga memecat TSKI atas dasar disiplin juga selain dari isu hutang Bank Islam, projek kepada kroni Umno dan banyak lagi perkara yang mana TSKI sendiri gagal tampil untuk menjawabnya kepada parti.

Tamrin bukan hebat sangat sebab itu PAS tidak kisah kehilangan beliau.  Tetapi aku yakin PAS sebenarnya rugi besar dan akan mengambil risiko yang tinggi apabila parti tersebut silap di dalam tindakannya.  Besar kesan ke atas PR, lebih besar lagi kesannya kepada PAS sendiri.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Berserban Dijalan Raya Lebih Berdosa Dari Berbogel Di Tiang ?

$
0
0
SeLayang Pandang Kisah Lalu.... Keadilan yg Tersurat diMaLaysiaKu yg Tercinta.. -Keyakinan Rakyat Pada Sistem Kehakiman kian Terhakis.... Kekadang ..Hairan Juga...-Orang Sikh ataupun BenggaLi Bebas PuLa Beserban Kesana Kemari dengan Menaiki MotosikaL Tidak PuLa diTahan......Malah diberi KeLonggaran PuLa..... Tapi Orang ISLAM yg Beserban Terus diKenaKan Hukuman.... -Kalau Kes Sebegini Pun Menampakkan Ketidakadilan...Apatah Lagi Lah Kes Besar yg Nak diHakimKan...-Dah Tentu Keputusan dipengaruhi..... -Malaysia Ku yang GemiLang...-Undang2 bagaikan diPegang...!!
SeLayang Pandang Kisah Lalu....
Keadilan yg Tersurat diMaLaysiaKu yg Tercinta..
-Keyakinan Rakyat Pada Sistem Kehakiman kian Terhakis....
Kekadang ..Hairan Juga...-Orang Sikh ataupun BenggaLi Bebas PuLa
Beserban Kesana Kemari dengan Menaiki MotosikaL Tidak PuLa diTahan......Malah diberi KeLonggaran PuLa.....
Tapi Orang ISLAM yg Beserban Terus diKenaKan Hukuman....
-Kalau Kes Sebegini Pun Menampakkan Ketidakadilan...Apatah Lagi Lah Kes Besar yg Nak diHakimKan...-Dah Tentu Keputusan dipengaruhi.....
-Malaysia Ku yang GemiLang...-Undang2 bagaikan diPegang...!!

Dr. Osman Hamid ( Hospital PUSRAWI) Mengesahkan Saiful Tidak Pernah Diliwat !!

$
0
0
Tampan Segak Berbaju Biruu...
 
Mat Jambu Lambang Kekuatan Parti BLUE....
Kerana Lubang Keramat Hanya di Dubur Mu
yang Menjadi Azimat pada Pengampu....
Dan juga Sebagai Penyelamat United BebaL NasonaL yg Sebu...
-ReLa Diri di LIWAT...Menyerah Tanpa MenoLak Sedaya Kudrat...!!
 
 
 

Alkisah apabila Ahli Parlimen Umno tidak faham sindiran...

$
0
0
... semua kebodohan nampak di hadapan mata!
 

SEKILAS PANDANG: Malaysia tidak perlu melihat lebih jauh daripada Parlimen untuk mengesahkan kebijaksanaan Ahli Parlimen Umno tertentu. 
 
Walaupun cerita yang dikongsi di Facebook (FB) terdapat penafian bahawa ia hanya sindiran, mereka mengambil ia sebagai perkara sebenar, dan  Blogger Umno dilihat seolah-olah tidak memahami maksud sindiran dan mengamuk di ruang siber dengan cerita. 
 
Lebih buruk lagi, Ahli Parlimen Umno yang dibangkitkan dalam Parlimen berfikir bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menjadi "panggang" untuk kononnya membeli sendiri kenderaan perisai RM2.3 juta. 
 
Apabila ditunjukkan kepada Ahli Parlimen bahawa dia telah salah, cerita sindiran untuk menjadi sebenar, Ahli Parlimen lebih bodoh berdiri untuk mencuba dan mempertahankan kesilapan dan kebodohan. 
 
Menurut laporan malaysiakini pada 13 Okt Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) telah diejek selepas dia dibangkitkan dakwaan pembelian Lim daripada Conquest Knight IV untuk RM2,2982,63.75, berdasarkan laporan sindiran diedarkan oleh penulis blog pro-Umno. 
 
Zahidi telah terganggu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membahaskan ucapan bajet di Parlimen untuk menuduh Lim membeli kenderaan utiliti mewah. 
Walau bagaimanapun, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangun dan mentertawakan beliau, menunjukkan bahawa khabar angin itu disebarkan oleh pro-Umno dan kumpulan yang Zahidi nampaknya telah percaya propaganda parti sendiri itu. 
 
"Nampaknya Ahli Parlimen Padang Besar telah ditipu untuk mempercayai propaganda Umno 'cyber troopers' bahawa ketua menteri itu telah membeli sebuah kenderaan bernilai RM2 juta. 
 
"Ini adalah kelakar, apabila terdapat terlalu banyak pembohongan, walaupun pendusta bermula mempercayai pembohongan sendiri. Tidak percaya pada 'cyber troopers' Umno yang mereka semua tidak berguna, "katanya. 
 
Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) kemudian berdiri untuk mencuba dan mempertahankan Zahidi, mengambil Khalid gagal menjalankan memperkecilkan Umno. 
"Lihatlah Permatang Pauh (Anwar), dia boleh berdebat dgn ​​sopan tanpa menyerang Umno, tetapi anda mesti menyebabkan gangguan," katanya 
 
Pada ini, Khalid secara sindiran menjawab: "Permatang Pauh mempunyai cara Permatang Pauh dan Shah Alam mempunyai cara Shah Alam".
 
Ia secara tidak langsung merujuk kepada pada 8 Oktober lalu, theantdaily menyiarkan artikel bertajuk "Menghayati Semula Teori Melayu Malas!" Ditulis oleh kolumnis Ahmad Mustapha Hassan, seorang setiausaha akhbar kepada bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein (bapa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dan penulis buku "The Unmaking of Malaysia" itu. 
 
Artikel  ini mendorong penyusunan Komen Pembaca bertajuk "Melayu Malas menjual pen RM1 kepada gov't untuk RM50" pada 13 Oktober lalu. 
 
Pembaca Mok Khuen menulis: Ya, memang sudah tercatat kebenarannya. Kerajaan sebenarnya membunuh mereka dengan memberi makan menggunakan sudu, melindungi dan memanjakan Melayu.
 
"Jika mereka mempunyai untuk berjaya di luar negara kita bahkan di tanah, walaupun hidup akan menjadi sukar, apatah lagi untuk cemerlang. Boleh dengan jelas dilihat dari banyak dokumentari haiwan liar dilahirkan dan dibesarkan dalam kurungan, sebaik sahaja dibebaskan, mereka tidak mempunyai keupayaan survival, naluri perjuangan dan penerbangan, akhirnya kalah dan mati di dunia yang berdaya saing yang sebenar. 
"Saya mungkin salah, tetapi ramalan ini sangat menyenangkan!" 
 
Dan Frank Martin mengulas: "Saya benar-benar tidak bersetuju. Saya tahu ramai orang Melayu bekerja keras sama ada kolar biru atau putih. 
 
"Orang-orang yang hanya saya telah bertemu dengan orang yang malas adalah ahli-ahli politik dan orang-orang yang bergantung kepada ahli-ahli politik ini untuk terus mencuba untuk membuat wang daripada kerajaan. Seperti menjual pen yang bernilai RM1 kepada kerajaan untuk RM50! 
 
"Oleh itu, mereka yang kurang kita semua bergantung kepada ahli-ahli politik, lebih baik ia adalah untuk negara ini." 
 
Jadi, kerajaan Barisan Nasional sebagai pintar sebagai Zahidi dan rakan Umno beliau? 
Apabila Ahli Parlimen Umno tidak faham sindiran... semua kebodohan nampak di hadapan mata. - Ng Kee Seng
 

Keadilan buat rakyat atau Anwar sahaja? Oleh Hazlan Zakaria

$
0
0

Saya tiada masalah dengan parti politik yang berjuang bagi keadilan untuk rakyat biasa, kerana memang kita semua perlukannya. 

Namun saya kurang gemar sekiranya tumpuan hanya diberi kepada sesuatu personaliti sahaja sehingga negara dan rakyat tenggelam olehnya.


Terutama dalam era hari ini di mana kita amat perlukan keadilan oleh sebab rakyat mengharapkan belas ehsan serta bantuan daripada golongan yang lebih berada, sedang kekayaan negara seakan dimonopoli oleh golongan tertentu.
 
Maka kita semua, rakyat Malaysia seakan dilanda ketidak upayaan mengubah destini kerana penindasan ekonomi, pendidikan dan politik yang berleluasa. 
Kita juga dihimpit kemungkinan didakwa oleh pihak berkuasa sedang sistem keadilan dilihat di bawah pengaruh pihak-pihak yang tertentu.
Sewajarnya keadilan ditegakkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Namun keadilan seringkali dilihat condong apabila melibatkan mereka yang punyai hubungan politik.
Saya bersetuju bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim teraniaya dek perbuatan pihak berkuasa yang melempar pelbagai tuduhan bersifat fitnah memalukan terhadapnya.
Namun saya kurang bersetuju jika seluruh jentera partinya PKR ditumpukan hanya bagi memperjuangkan keadilan buat tokoh itu, dan bukannya rakyat secara umumnya.
Saya mengutarakan persoalan ini berulang kali. Mengapa? Kerana ia tepat dan pernah ditimbulkan ketika Parti Keadilan mula-mula ditubuhkan.
Seperti dilaporkan, Pemuda PKR telah melancarkan kempen bertajuk Rakyat Hakimi Negara, yang berbentuk siri jelajah negara bagi menjelaskan kes Anwar. 

Pemimpin kelahiran Pulau Pinang itu bakal dibicara di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini di Putrajaya.
Setahu saya, PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat dan bukan Parti Keadilan Anwar.
Memang beliau layak diangkat selaku simbol dan ketua umum, kerana melambangkan bagaimana seorang tokoh penting mampu diasak sampai begitu sekali oleh pihak tertentu. Kalau kena pada kita, barangkali kita tumbang kerananya.
Tetapi saya kurang gemar apabila PKR memulakan kempen khas hanya bagi membela nasibnya.
Buat masa ini, kita saksikan ramai tokoh politik, ahli akademik, pemimpin pertubuhan sivil, pemimpin pelajar, jurnalis dan sebagainya yang turut berdepan ketidak adilan.


Sewajarnya PKR juga membela nasib mereka semua dan tidak hanya menumpukan tentang keadilan buat Anwar.
Beliau tidak wajar dijadikan fokus utama perjuangan ini.
PKR juga perlu mencari jalan agar perjuangannya kekal segar bagi seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dikekang seorang individu.
Kerana program bergelar Rakyat Hakimi Negara, kita harap rakyat menjadi tumpuan utama mereka.
Jika tidak, nama itu wajar ditukar kepada Peminat Anwar Hakimi Negara. Mungkin lebih tepat agaknya. 



Komen:



Memfitnah tanpa EMPAT ORANG SAKSI boleh dihukum 80 kali sebatan. Hassan Ali JATI wajib dihukum 80 kali sebatan. Setuju ??

Che Ta: 'Saya boleh minta apa sahaja!'

$
0
0

Che Ta: 'Saya boleh minta apa sahaja!'“KAMI boleh minta apa yang kami nak dan sudah tentu kami mahukan doktor perempuan menguruskan proses bersalin saya nanti,” ujar pelakon jelita, Rozita Che Wan kepada Zass ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, Khamis lalu.  Rozita yang mesra disapa Che Ta ini berkata, dia sangat bersyukur dan menganggap semuanya rezeki anak apabila pihak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sudi menaja urusan bersalinnya.  “Saya telah pun menjalani rawatan di hospital tersebut dan Jumaat lalu merupakan kali kedua saya menjalani rawatan di sini.  “Bukan setakat ditaja tetapi layanan yang mereka berikan sangat baik dan ianya membuatkan kami benar-benar teruja,” kata cinta hati pelakon Zain Saidin ini.  Berkongsi lanjut, ujar ibu kepada Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, ini, dia pernah menggunakan khidmat Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri ketika melahirkan kedua-dua anak lelakinya itu.  “Malah ketika mereka bersunat pun, ia dilakukan di situ juga. Bezanya kali ini saya mendapat tajaan pihak hospital,” katanya menerima tajaan bersalin kelas pertama dari hospital terbabit.  Che Ta yang dijangka sedang menunggu masa bersalin sebenarnya tidak menyangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan rawatan susulan kepadanya.  “Sedikit sebanyak wang perbelanjaan bersalin yang disimpan bolehlah dilaburkan untuk kegunaan membesarkan anak ini nanti,” katanya yang berdebar menanti kelahiran anak pertama hasil perkahwinannya bersama Zain.  Dalam pada itu, Che Ta juga berharap semuanya berjalan lancar dan dia selamat melahirkan bayi ketiganya itu.    Posted by Jeebond BLM“KAMI boleh minta apa yang kami nak dan sudah tentu kami mahukan doktor perempuan menguruskan proses bersalin saya nanti,” ujar pelakon jelita, Rozita Che Wan kepada Zass ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, Khamis lalu.

Rozita yang mesra disapa Che Ta ini berkata, dia sangat bersyukur dan menganggap semuanya rezeki anak apabila pihak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sudi menaja urusan bersalinnya.

“Saya telah pun menjalani rawatan di hospital tersebut dan Jumaat lalu merupakan kali kedua saya menjalani rawatan di sini.

“Bukan setakat ditaja tetapi layanan yang mereka berikan sangat baik dan ianya membuatkan kami benar-benar teruja,” kata cinta hati pelakon Zain Saidin ini.

Berkongsi lanjut, ujar ibu kepada Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, ini, dia pernah menggunakan khidmat Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri ketika melahirkan kedua-dua anak lelakinya itu.

“Malah ketika mereka bersunat pun, ia dilakukan di situ juga. Bezanya kali ini saya mendapat tajaan pihak hospital,” katanya menerima tajaan bersalin kelas pertama dari hospital terbabit.

Che Ta yang dijangka sedang menunggu masa bersalin sebenarnya tidak menyangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan rawatan susulan kepadanya.

“Sedikit sebanyak wang perbelanjaan bersalin yang disimpan bolehlah dilaburkan untuk kegunaan membesarkan anak ini nanti,” katanya yang berdebar menanti kelahiran anak pertama hasil perkahwinannya bersama Zain.

Dalam pada itu, Che Ta juga berharap semuanya berjalan lancar dan dia selamat melahirkan bayi ketiganya itu.

Posted by Jeebond BLM
 

RON97 Sepatutnya RM2.20 Ikut Harga Antarabangsa

$
0
0

RON97 Sepatutnya RM2.20 Ikut Harga Antarabangsa  KUALA LUMPUR: Minyak RON97 diketahui umum diapungkan harganya mengikut pasaran minyak dunia.  "Inilah yang sering ditegaskan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.  Antaranya, kata beliau boleh dirujuk kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 5 Januari 2011 sewaktu mengulas kenaikan harga minyak RON97 pada masa itu.  Untuk rekod, ujarnya ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 perbarrel.  Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 perbarrel.  Pada 9 September 2014, RON97 diumumkan turun 10 sen kepada harga RM2.75 seliter. Mengikut rekod, harga minyak dunia pada masa itu ialah USD99.9 perbarrel.  Fadhli berkata, harga minyak dunia ditutup pada 17 Oktober 2014 dengan harga USD82.75 perbarrel.  Menurutnya, berasaskan kepada rekod kenaikan dan penurunan sebelum ini, harga minyak RON97 sewajarnya berada di paras RM2.20 seliter.  "Jika ada yang berhujah bahawa tukaran USD ke Ringgit Malaysia tidak sama, suka diingatkan bahawa ketika ini USD1 bersamaan RM3.27, kadar ini tidaklah jauh berbeza dengan kadar tukaran USD ke Ringgit Malaysia pada Januari 2011 iaitu pada kadar RM3.0668," jelasnya dalam sau kenyataan.  Katanya lagi, jika kerajaan Umno Barisan Nasional gagal untuk menurunkan harga RON97 selaras dengan pasaran minyak antarabangsa, terbukti lebih jelaslah bahawa rakyat sering ditipu oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.  Dalam hal ini, katanya tiada tindakan yang lebih patut dilakukan melainkan menurunkan kerajaan ini di dalam pilihan raya yang akan datang.  - HARAKAHDAILY 19/10/2014    Posted by Jeebond BLMKUALA LUMPUR: Minyak RON97 diketahui umum diapungkan harganya mengikut pasaran minyak dunia.

"Inilah yang sering ditegaskan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Antaranya, kata beliau boleh dirujuk kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 5 Januari 2011 sewaktu mengulas kenaikan harga minyak RON97 pada masa itu.

Untuk rekod, ujarnya ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 perbarrel.

Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 perbarrel.

Pada 9 September 2014, RON97 diumumkan turun 10 sen kepada harga RM2.75 seliter. Mengikut rekod, harga minyak dunia pada masa itu ialah USD99.9 perbarrel.

Fadhli berkata, harga minyak dunia ditutup pada 17 Oktober 2014 dengan harga USD82.75 perbarrel.

Menurutnya, berasaskan kepada rekod kenaikan dan penurunan sebelum ini, harga minyak RON97 sewajarnya berada di paras RM2.20 seliter.

"Jika ada yang berhujah bahawa tukaran USD ke Ringgit Malaysia tidak sama, suka diingatkan bahawa ketika ini USD1 bersamaan RM3.27, kadar ini tidaklah jauh berbeza dengan kadar tukaran USD ke Ringgit Malaysia pada Januari 2011 iaitu pada kadar RM3.0668," jelasnya dalam sau kenyataan.

Katanya lagi, jika kerajaan Umno Barisan Nasional gagal untuk menurunkan harga RON97 selaras dengan pasaran minyak antarabangsa, terbukti lebih jelaslah bahawa rakyat sering ditipu oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

Dalam hal ini, katanya tiada tindakan yang lebih patut dilakukan melainkan menurunkan kerajaan ini di dalam pilihan raya yang akan datang.


- HARAKAHDAILY 19/10/2014

Posted by Jeebond BLM

Parti Islam dan bukan Islam patut bekerjasama, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin

$
0
0

PAS Kena 'Basuh' Dengan Ikhwanul Muslimin

 

 
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam.

"Tahaluf siyasi"yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.

Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.

"Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam.

"Kecuali kita ubah struktur Malaysia secara demografi, inilah dia, itulah logiknya," katanya.

Beliau berkata matlamat dalam pakatan berkenaan seharusnya dijalin untuk jangka masa panjang.

"Kamu bersetuju dengan beberapa syarat sebab ada matlamat jangka panjang.

"Sama ada kamu tidak amalkan (pakatan) sekarang atau langsung (tidak berpakat)," katanya.

PAS berhadapan situasi kritikal dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat berbeza pandangan dalam isu pelantikan menteri besar Selangor dan gagal mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR untuk menjawat jawatan itu.

Parti Islam itu sebaliknya menghantar lebih daripada dua calon, menurut kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, sedangkan rakan komponen PR dari PKR dan DAP bertegas menghantar nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Ekoran itu, walaupun krisis pelantikan MB Selangor sudah selesai, namun dalaman PAS terus berkrisis.

Tareq bagaimanapun berkata, pakatan yang dijalinkan itu tidak seharusnya dianggap sebagai prinsip, sebaliknya sekadar taktik politik.


"Itu bukan prinsip, itu taktik, jangan keliru," kata Tareq dalam ceramahnya di hadapan lebih 100 hadirin di Vistana Hotel, malam tadi.

Konsep kerjasama politik PAS itu dikritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR adalah untuk "menghalalkan yang haram".

Malah, beliau berkata PAS bijak menggunakan istilah Arab yang berbunyi seperti istilah Islam demi kepentingan politik mereka serta menuduh apa yang dilakukan Umno yang bekerjasama dengan MIC dan MCA adalah haram.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohamed Asri Zainul Abidin berkata, perkataan tahaluf siyasi itu hanyalah bahasa Arab yang kelihatan seolah-olah menggambarkan Islam.

Beliau berkata dengan menggunakan perkataan Arab, masyarakat akan melihat seolah-olah ia mewakili Islam.

Tareq turut berkata, mana-mana pemimpin yang disokong seharusnya mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi, dan bukan atas faktor individu.

"Jangan sokong atas faktor individu, tetapi sokong atas dasar prinsip," katanya.

Beliau berkata, ilmu mahu pun tahap keimanan seseorang itu juga tidak melayakkan dirinya menjadi pemimpin yang baik tanpa keupayaan kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. –



Menteri Hassan Malik : "Kami Tidak Terima Sebarang Aduan - Ini Terbukti Rakyat Sokong Barang Naik."

$
0
0
Sekarang ini cendol merupakan produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel. Jika harga minyak naik nasihat Menteri Hasan Malek semua pihak mesti mengikut langkah cendol Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendolnya sebanyak 0.20 sen. Pendeknya jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan perlu menurunkan harga jualannya.  Rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendol itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna. Nasihat Menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadangkala amat menghiburkan hati yang tidak dapat ditahan-tahan.  Saya berharap perkhidmatan bas dan keretapi juga akan menurunkan tambangnya dengan kenaikan harga bahan bakar sekarang ini. Teksi juga perlu menurunkan harga tambangnya dari sekarang untuk menyambut dan memberikan reaksi dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini bagi mengikut contoh penjual cendol Bakar di Kuala Selangor itu.  (Kredit: Aspan Alias)

Sekarang ini cendol merupakan produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel. 

Jika harga minyak naik nasihat Menteri Hasan Malek semua pihak mesti mengikut langkah cendol Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendolnya sebanyak 0.20 sen. 

Pendeknya jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan perlu menurunkan harga jualannya.

Rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendol itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna. 

Nasihat Menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadangkala amat menghiburkan hati yang tidak dapat ditahan-tahan.

Saya berharap perkhidmatan bas dan keretapi juga akan menurunkan tambangnya dengan kenaikan harga bahan bakar sekarang ini. 

Teksi juga perlu menurunkan harga tambangnya dari sekarang untuk menyambut dan memberikan reaksi dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini bagi mengikut contoh penjual cendol Bakar di Kuala Selangor itu.


(Kredit: Aspan Alias)

Tahukah Anda Khasiat Pokok Pecah Beling?

$
0
0



Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia.

Di Malaysia, pecah beling atau nama saintifiknya (Strobilanthes crispus) dari family Acanthaceae) mudah ditanam dan hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak diingini.

Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic.

Mengikut penemuan kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992), ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Daun Pokok Pecah Beling
Daun Pokok Pecah Beling
Manakala kajian makmal yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mendapati daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti Kalium, kalsium, natrium, ferum, fosforus serta vitamin C, B1 dan B2.

Terdapat juga kandungan kafeina dalam daun pecah beling tetapi ianya rendah. Kandungan ini merupakan penyumbang kepada antioxidant yang sangat tinggi.

Selain dari itu ekstrak pecah beling secara in vitro (tisu kultura) mampu membunuh sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada dengan mengaruh sel ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Ekstrak ini juga mampu memendamkan gen penyebab kanser dan sekali gus mengurangkan risiko kanser.

Antara lain kegunaan secara perubatan pokok pecah beling berupaya mengubati penyakit kencing manis kerana ekstrak air daun pecah beling dikatakan berkesan sebagai agen antidiabetis. 


Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah yang telah diuji pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total
antioxidant level).

Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. 


Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal bagi tujuan pencegahan.

Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu dibuah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing.

Kesimpulannya. pokok pecah beling yang tumbuh melata di kawasan kebun atau belukar dan dianggap tumbuhan rumpai yang tidak diperlukan, sebenarnya adalah tumbuhan herba yang sangat berkhasiat yang terdapat disekeliling kita.

Tidak akan menjadi kemudaratan jika kita menggunakan tumbuhan ini sebagai alternative untuk perubatan walau pun kajian secara klinikal (human study) belum benar-benar dijalankan keberkesanannya terhadap pesakit kanser, diabetes atau batu karang.

Rujukan: Wikipedia bebas; Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor, Malaysia - Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd.Fadzelly Abu Bakar.

PAS: Terperangkap dalam 'penjara BN'

$
0
0

 
Kenaikan harga minyak dan GST yang bakal melonjakkan inflasi di tahun 2015 adalah satu gaung bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana, kata Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.


Beliau menyifatkan gaung tersebut sebagai "satu penjara" yang dicipta BN bagi golongan berkenaan.

"... di mana pemberian BR1M secara ansuran dijadikan satu senjata untuk membudayakan mereka untuk terus bergantung hidup pada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengurangan subsidi dan peningkatan pemberian BR1M menyebabkan kenaikan kadar inflasi melebihi kadar pendapatan, maka golongan tersebut akan terus terperangkap di dalam "penjara yang dicipta BN".

"Apakah ini satu strategi BN untuk kekal berkuasa dengan membudayakan majoriti rakyat Malaysia untuk terus bergantung hidup dengan insentif yang diberikan kerajaan?" soal Tuan Ibrahim.

Ini, katanya, tidak mustahil berdasarkan apa yang disebut perdana menteri di perhimpunan agung MCA kelmarin di mana beliau mengingatkan masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang.

"Berdasarkan logik ini, apakah BR1M sebenarnya adalah satu strategi politik yang dijelmakan sebagai bantuan daripada kerajaan untuk mendapatkan undi rakyat bagi BN?" soal Tuan Ibrahim lagi.

Kenaikan harga minyak, tegasnya, akan menyebabkan kenaikan harga barangan.

"Oleh kerana harga barangan melambung, rakyat perlu membayar lebih untuk GST, kerana 6 peratus akan dikenakan pada barang dan perkhidmatan yang sudah dinaikkan harga dan bukan harga sekarang.

"Pada akhirnya, segala apa yang diberi kepada rakyat sebenarnya akan dipungut kembali oleh kerajaan.

"Yang berbeza ialah rakyat telah ditolak ke dalam gaung dan terpaksa bergantung hidup dengan pemberian kerajaan," tambahnya.

Menurutnya, Najib juga perlu ingat bahawa semua yang membayar cukai kepada kerajaan - sama ada secara langsung melalui cukai pendapatan atau tidak langsung seperti cukai eksais kereta -  berhak membuat tuntutan kepada kerajaan.

Sebagai pembayar cukai, katanya, rakyat berhak memilih siapa sahaja untuk menguruskan negara dalam setiap pilihan raya.

"Dan sebagai sebuah kerajaan yang dipilih, ia bertanggungjawab menjaga kebajikan setiap rakyatnya tanpa mengira pendirian politik mereka.

"Itulah asas kepada sistem demokratik yang adil dan saksama dan berfungsi," tambahnya.

Kembali Dara Dengan Magic Powder Masker Vagina JSD

$
0
0


Kembali Dara Dengan Magic Powder Masker Vagina Susuk Dara

Magic Powder Masker Vagina adalah keluaran produk Jamu Susuk Dara yang popular untuk penjagaan feminine. Mengandungi ramuan tradisional daripada daun sireh, cengkih, manjakani, bunga rose putih dan serapat yang dijemur selama 2 minggu kemudian digiling untuk dijadikan serbuk. Dibungkus kecil untuk memudahkan penggunaan.

Kelebihan Masker Vagina Susuk Dara
  • Permukaan faraj akan menjadi tegang dan halus
  • Lubang faraj akan menjadi rapat dan tertutup
  • Bibir faraj yang mengeleber akibat melahirkan anak akan menjadi rapat kembali
  • dan tegang
  • Penggunaan yang berterusan dan kerap akan mengembalikan warna pink sebenar di permukaan Faraj
  • Kawasan sensitif faraj akan kembali membukit tegang dan akan meningkatkan kemahuan syahwat.

Cara Penggunaan Masker Vagina Susuk Dara
Digunakan selepas setiap kali faraj dibersihkan DAN DISAPU sebagai bedak.  Dengan menggunakan jari sapukan keseluruhan permukaan faraj yang lembab Setiap kali membersihkan faraj hendaklah scrub keluar daki – daki yang melekat di permukaan faraj setelah bersih sapukan kembali masker vagina.

Cara Penggunaan Magic Powder Masker Vagina Susuk Dara
Cara Penggunaan Magic Powder Masker Vagina Susuk Dara
Hendaklah di sapu keseluruhan termasuk kawasan pipi kanan dan kiri vagina. Dapatkan Masker Vagina Susuk Dara. Celupkan 1 jari anda ke dalam bungkusan pastikan magic powder melekat di jari anda sapukan di seluruh permukaan vagina keseluruhannya

Kesan Serta Merta Lebih Kurang 30 Minit Selepas Penggunaan
  • lubang vagina menjadi tertutup dan rapat
  • rasa kering dan selesa
  • rasa gatal - gatal hilang serta merta
Kesan Jangka Panjang
  • jika scrub perlahan-lahan ketika mencuci daki-daki akan keluar
  • faraj akan kembali cerah kemerah - merahan dan tegang
  • bibir yang mengelebih akibat kesan beranak akan merapat
  • deria sensitif akan menjadi aktif dan membukit tegang
  • sesuai digunakan selalu sebagai bedak penjagaan di permukaaan faraj supaya sentiasa awet muda dan nampak dara.
MAGIC POWDER MASKER VAGINA 5GM
HARGA JUALAN : RM25.00

style="-webkit-box-shadow: rgba(0, 0, 0, 0.498039) 1px 1px 10px; border-width: 0px; box-shadow: rgba(0, 0, 0, 0.498039) 1px 1px 10px; margin: 0px; padding: 6px;" title="Title Text" Untuk pesanan: sila isi Borang Pesanan Online atau SMS/Whatapps: 013-7253236 - Laling

Wahai Tuan Man.... ketahuilah siapa syaitan itu

$
0
0



Berikut ini adalah tulisan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Aku cuma cuba tolong bagi sedikit pencerahan ikut apa yang aku fahamlah...korang tak setuju, korang bagilah hujah korang pula....kalau hujah aku tak betul, tang mana salahnya... tolong ajarkan aku dengan petunjuk dari Allah dan rasul...
Wahai anakku,
 
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah. 
Wahai anakku,
 
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.
Wahai anakku,
 
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
 
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. 
 
Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. 
 
Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
 
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. 
 
Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Benar sungguh madah itu mu itu  Wahai  Tuan…

Pada mesyuarat 17 Ogos lalu, mesyuarat AJK PAS pusat memutuskan hantar dua nama calon MB Selangor, WAWI dan Azmin. 
 
Kemudian bermesyuarat lagi pada 25 Ogos cuba nak pinda keputusan mesyuarat 17 Ogos tu, tetapi bertelagah dan gagal melakukannya. 
Kemudian seperti kata tuan, "syaitan telah menguasai perasaan dan fikirannya..." lalu dia buat keputusan sendiri, hantar nama calon sendiri. Hinggakan Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu pun tidak tahu mengenainya.


Ketika ada wartawan bertanya kepada Wan Zawawi, Setiausaha MSU, dia (Wan Zawawi) mengesahkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS bertanggungjawab memutuskan senarai calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Dengan angkuh dia jawab secara sinis  “Ya… ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Dan apakah benar ada orang berniat jahat nak memburukan MSU dengan menyebarkan surat arahan palsu sebagaimana kenyataan menantu suci ini:


Kalau arahan tersebut benar 'palsu' bagaimana pula tuan, dan lain-lain PJ negeri selain Selangor telah keluar arahan menyokong arahan MSU tersebut?
Tindakan tuan dan PJ negeri yang melarang ahli PAS di negeri masing-masing menyertai PasMa, memperlihatkan kecenderungan atau simpati kepada PasMa dengan menghadiri program pertubuhan itu, kalau ikut kenyataan menantu suci diatas tu, Tuan dan PJ semua itu adalah: "berniat jahat mengimejkan MSU extreme" Tak gitu? Bukan aku kata... Menantu suci itu yang kata!
Wahai tuan, bukankah sudah jelas siapa yang menjadi punca yang menghancurkan keputusan jemaah? Syaitan bertopengkan ulama ramai dalam MSU tu kan? Elok sangat tukar maksud akronim MSU tu jadi  Majlis Syetan Ulama!
 


al-Husseyn 

Komen Hj Hadi Bajet 2015 : Sorilah Haji.....Semua orang kampung tau kamu ponteng ....

$
0
0

 

 Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar selepas selesai pembentangan Bajet 2015 
di Dewan Rakyat, Parlimen, petang kelmarin. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

Berikut adalah Kenyataan dua pemimpin Pakatan Rakyat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan oleh PM Najib petang kelmarin. 
 
Maaf kerana tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Haji Hadi sehingga kini. Dah cari kat Harakah pun yellek!

Menurut sumber, Haji Hadi tidak hadir sewaktu pembentangan bajet petang kelmarin.Mungkin beliau udzur syari'e? Setiap kali bila ada pembentangan bajet, beliau sering tidak ada.... pasal apa?

Tolong doakan Hj Hadi sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat ...

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini ialah pengulangan bajet yang sama saban tahun.

 Jelas Anwar, beliau berkata sedemikian kerana Perdana Menteri tidak menyentuh secara holistik (menyeluruh) mengenai cara menangani ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran negara.

 "Seperti biasa bajet ini mengulangi beberapa pengumuman awal tiap-tiap tahun sepertimana bajet enam, tujuh tahun yang lalu.

 "Kerajaan umpamanya tidak menyatakan kos yang meningkat dan cara untuk tanganinya, misalnya kenaikan harga minyak adalah tidak munasabah apabila harga minyak antarabangsa mengalami penurunan.

 "...di samping itu soal kebocoran, rasuah, ketirisan tender dalam pemberian beberapa kontrak besar yang menyebabkan kos meningkat ini tidak disentuh, kebocoran ini memberi kesan yang berbahaya jika tidak ditangani," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

 Sementara menyentuh mengenai pelebaran pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam pembentangan Bajet 2015 ini, Anwar berkata, pengenalan GST tetap akan membebankan rakyat.

 "GST bukan pengecualian semata-mata tetapi ia akan meningkatkan harga barang," katanya.

LIM GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, walaupun Bajet 2015 dikatakan sebagai bajet pro rakyat namun baginya bajet ini tidak berjiwa rakyat.

 "Kita lihat bajet yang disebut sebagai bajet rakyat namun saya rasa, ini tidak benar-benar berjiwa rakyat.

 "Walaupun sekarang ada beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat tetapi dari segi perkara pokok tiada usaha untuk bantu rakyat di mana kita hendak selesaikan kronisme contohnya lihat projek 1MDB, semua isu ini belum dijawab dan ditangani kalau benar -benar hendak berjiwa rakyat pertalian kronisme haruslah dihapuskan, namun sehingga sekarang tiada usaha untuk tangani perkara ini," katanya.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2015 iaitu bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

 Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan mengatakan bahawa Bajet 2015 merupakan belanjawan 'pro rakyat' dan meliputi langkah-langkah mengurangkan beban kos hidup.9 Antara lain, Bajet 2015 ialah membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik.

 Selain, menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).SUMBER

HJ HADI AWANG

Sebelum saya nak klik untuk pablish entry ini, saya brows semula Harakah nak pastikan memang tidak ada kenyataan HJ Hadi...
Saya terkejut sebab tetiba sudah ada....baru ada? Korang kalau nak baca sila klik sini 
Saya terpaksa masukan bahagian Haji Hadi ni seperti ini. Tajuk entri pun kena tukar tuh!...
Saya amati ayat-ayat dari kenyataan tersebut adalah dari remote controlled.... tak ada ayat Quran atau hadis sebagaimana biasanya. 
Gaya bahasanya pun lain...tak ada Barua atau Brokar! Ha!Ha! Ha! Kereta Knight Rider pun boleh bercakap....nak heran apa?
 Tapi aku lebih tertarik dengan beberapa komen yang turut menyedari hakikat yang sebenarnya ...nasib kaulah Haji...ramai yg dah celek dan tidak mudah dibohongi.

 Bidaman Dua:" Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014" 


 Soalan: Mendengar depan TV atau mendengar sendiri di parlimen? Yang nampak hanya papan tanda nama Marang sahaja (?)

Yusof Saad : Tghh hanya dengar kat radio je, tapi sama jugalah, Reply · Like · about an hour ago
Alwi Mustapha : Uuhhaaa..mamat tu mmg tak nmpk kat TV ..apa lg kat parlimen ...mgkin si mamat ni tidoq seblhan dgn ketua pembangkang tu..ssb DIA dgr je ..nmpk sgt menipu ..ikut SKRIP DSAI bah.."mengulangi isi lama..". 
Amer Walton :  Aik.... tak datang pembentangan pun nak juga komen tuuuuu... Nape tak datang?? Takut dok sebelah Nuar ke?? Kalau takut nuar balik kpg je lahhh, tak layak jd pemimpin 'isle'.. Amanah rakyat kena buat, gaji rakyat bayar tau... 
Swiss Army Knives Wenger-Victorinox : kah kah kah..hujah takda kutuk peribadi...bila ada kutuk Najib gila2 defend...kah kah kah



al-Husseyn

ZUL NORDIIN LARI DENGAN HUTANG

$
0
0
 
PENGUMUMAN
sesiapa kenal
boleh berhubung
dengan zul nordin
sila beritahu zul nordin
bahawa puan ainom muhamad
sedang menuntut hutang




MENUNGGU

HUTANG

ZUL NORDIN


HUTANG
kalau boleh buat macam hutang ptptn masok ccris okay jugak biar si biawak tak leh kluar negara ngentot free... on PESANAN UNTUK ZUL NORDIN
 
Anonymous
on 10/19/14
SEMUA DEDAH
Sama saja perangai TT dgn umno. Kalau zul nordin tak buat taik dgn dsai taK keluar lah cerita ni. Kalau tak...habis semua didedahkan. Cerita azmin plak dah disejuk-bekukan...dh sunyi sepi...banyak kot masyukkk on PESANAN UNTUK ZUL NORDIN
 
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/19/14
ABE DIDAR
Lohhhh...Utang x bayar x malu pulak? Nasib baik Abe Didar Mariam Majid x tau.....klu x terkencing Zul smpi ke Tua..... Kah kah kah.... on PESANAN UNTUK ZUL NORDIN
Putra IJ80
on 10/18/14
MASJID
 
lu niatkan sedekah duit gwa yg lu pinjam kat mana mana masjid atas nama gwa.... on PESANAN UNTUK ZUL NORDIN
Anonymous
on 10/18/14
IKAN BUSUK
 
kahkahkah ZOL ikan busuk bercakap ! ABU ! on PESANAN UNTUK ZUL NORDIN
Amuraria
on 10/18/14
LARI HUTANG
Nak bawa utang ke dalam lubang kubo kot.Biasanya kalu mnyalak utk umngook mesti ada fulud tapu kali ini dah jadi hanjing terbior la tuh. on PESANAN UNTUK ZUL NORDIN
Anonymous
on 10/18/14


 

Menteri selar pengkitik 'banyak mulut' PKR

$
0
0
 
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar pengkritiknya yang “banyak mulut” dengan memberi amaran supaya “sedar” terhadap Akta Hasutan.

Rahman merujuk kepada anggota parlimen Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung (bawah) yang menyifatkannya seperti pemimpin Korea Utara.

Ini ekoran tindakan Rahman menyelar Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan Akta Hasutan di Malaysia.

Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya kemudian menyatakan analogi itu kepada Rahman melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahannya.

“Kedua-dua kamu bermulut besar. Kerajaan akan jamin hak kamu untuk menggunakan atau menyalahgunakannya.

"Hanya sedar ada Akta Hasutan, OK,” tulisnya di Twitter.

Latheefa (kiri) kemudian menyerang kembali Rahman kerana didakwa mengancam pengkritiknya dengan undang-undang yang diperkenalkan di era penjajahan Malaysia itu.

Rahman semalam dilaporkan mengingatkan AS agar tidak campur tangan dalam sebarang keputusan kerajaan termasuk isu berkaitan Akta Hasutan.

Katanya, perkara itu bukan tanggungjawab mereka dan bukan senang mentadbir negara majmuk berbilang agama dengan latar belakang sejarah yang unik.
 
 
Malaysiakini

Awang Selamat: DAP akan heret Utusan ke mahkamah HARAKAHDAILY

$
0
0
 
KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya meneruskan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat, tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook.

Ini, ujarnya kerana Utusan Malaysia melalui ruang “Awang Selamat” meneruskan siri pembohongan dan fitnah berterusan terhadap DAP khasnya mengenai status pemilihan semula DAP pada 29 September 2013 lalu.

"Perlu ditegaskan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sedang menyaman Utusan Malaysia di atas fitnah yang dilemparkan dalam laporan Utusan kononnya Kit Siang memanipulasi pemilihan semula DAP," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kes tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah dan akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Disember depan.

Katanya, dalam kolum “Awang Selamat” di Mingguan Malaysia hari ini, sekali lagi fitnah yang tidak berasas dilemparkan kononnya 120 cawangan yang belum mendaftar telah hadir dan mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013.

"Selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut," tegasnya.

Beliau telah menyatakan berkali-kali bahawa senarai perwakilan yang layak untuk mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan dalam Kongres Khas pada 29 September 2013 adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.

Tambahnya, tidak ada sebarang perubahan dalam senarai perwakilan tersebut dalam pemilihan semula pada 29 September 2013 yang diarahkan oleh ROS.

"Malah, semua persoalan ini dan semua laporan yang dikehendaki oleh ROS telah pun dihantar kepada pegawai penyiasat ROS yang bertanggungjawab dalam kes ini," ujarnya lagi.

Katanya, angka 120 cawangan yang belum mendaftar yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya adalah jumlah permohonan cawangan baru yang telah dihantar kepada ROS secara berperingkat sejak bulan Mei 2013 yang masih belum diluluskan oleh ROS.

"Cawangan-cawangan ini langsung tidak terlibat dengan pemilihan semula yang telah dijalankan pada 29 September 2013!" jelasnya yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Beliau berkata, taktik Utusan Malaysia ialah mengulangi pembohongan dan fitnah mereka secara berterusan dengan mengharapkan apabila sesuatu pembohongan diulangi 100 kali, maka ada orang yang akan mempercayai bahawa tuduhan liar tersebut adalah benar.

"DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya mereka meneruskan pembohongan dan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat DAP," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 19/10/2014

Dua Wajah Perdana Menteri ?

$
0
0
"Kami mengecam keganasan yang dilakukan atas nama Islam." kata perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.  Akhirnya, Datuk Seri Najib Razak telah berhenti berdiam diri dan bersuara mengecam golongan pelampau seperti presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan pemimpin Isma, Abdullah Berkin Abdul Rahman dan lain-lain lagi?  Malangnya, kata-katanya itu hanyalah untuk khalayak global. Ia adalah sebahagian daripada ucapannya pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-69 di New York.  Kembali di Malaysia, beliau tidak mengulas mengenai mana-mana ucapan berbaur perkauman dan agama atau penangkapan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.  Apakah Najib benar-benar merupakan Perdana Menteri ‘sederhana’ seperti yang beliau laungkan di peringkat antarabangsa?. Inilah wajah sebenar perdana menteri kita yang 'sederhana' apabila berada di luar negara tetapi bersikap berbeza apabila berada di dalam negara sendiri.

"Kami mengecam keganasan yang dilakukan atas nama Islam." kata perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akhirnya, Datuk Seri Najib Razak telah berhenti berdiam diri dan bersuara mengecam golongan pelampau seperti presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan pemimpin Isma, Abdullah Berkin Abdul Rahman dan lain-lain lagi?

Malangnya, kata-katanya itu hanyalah untuk khalayak global. Ia adalah sebahagian daripada ucapannya pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-69 di New York.

Kembali di Malaysia, beliau tidak mengulas mengenai mana-mana ucapan berbaur perkauman dan agama atau penangkapan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

Apakah Najib benar-benar merupakan Perdana Menteri ‘sederhana’ seperti yang beliau laungkan di peringkat antarabangsa?. 

Inilah wajah sebenar perdana menteri kita yang 'sederhana' apabila berada di luar negara tetapi bersikap berbeza apabila berada di dalam negara sendiri.
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live