Quantcast
Channel: ZAKRI ALI
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live

Najib antara yang mengalami penyakit ‘skizofrenia’ kata Kit Siang

$
0
0
 
Datuk Seri Najib Razak ‘berisiko’ menjadi bahan jenaka antarabangsa sebagai sebagai Perdana Menteri ‘talam dua muka’ apabila sibuk melaungkan seruan kesederhanaan di peringkat antarabangsa, namun tunduk kepada golongan ekstremis ketika di dalam negara.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib sekali lagi menunjukkan sifat ‘skizofrenia’ dengan pemahaman tentang prinsip kesederhanaan yang cukup berbeza di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

“Pada 27 September lalu, Najib memberikan ucapan yang amat baik dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, apabila menyeru golongan sederhana untuk mengambil kembali agama mereka (daripada puak ekstremis) dan mengambil jalan keamanan.

“Namun di ‘rumah’nya sendiri, Najib mengelak daripada membendung sikap ekstrim dan tidak bertolak-ansur, sehingga berlaku provokasi antara kaum dan agama pada tahap terburuk sepanjang lima tahun pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Jelas, Najib mengalami ‘skizofrenia’ (fikiran celaru, berubah-ubah dan tidak stabil) dalam memahami konsep kesederhanaan, apabila pemahamannya di luar negara begitu berbeza dengan di sini,” katanya, secara sinis merujuk laporan Bernama hari ini, bahawa seorang daripada 100 warga Malaysia mengidap penyakit itu.

Sehingga kini, kerajaan masih gagal mengambil sebarang tindakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible bahasa Melayu tahun lalu.
Pada masa sama, puluhan ahli politik Pakatan, aktivis, ahli akademik dan wartawan disiasat di bawah Akta Hasutan, kononnya kerana mengancam keharmonian negara.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, beliau yakin Najib akan dapat memberi jawapan yang hebat jika diminta mengulas tindakan biadap Ibrahim itu di luar negara.

“Namun di tanahair sendiri, kerajaan di bawah pimpinannya terus beralasan hanya untuk membela tindakan tersebut, antaranya menyifatkannya selaras dengan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Sebab itu jugalah, katanya lagi, seruan Najib dalam Perhimpunan Agung Gerakan semalam untuk ‘menolak ekstremisme kaum dan agama’ langsung tiada kredibiliti dan tidak lebih sekadar omong kosong semata-mata. 


Anak Sungai Derhaka.

Mahathir Dan Najib Semakin Mengelabah ??

Bangsa Melayu Malaysia BUKAN PENDATANG.......

$
0
0
 
Melayu sebagai Bangsa

Melemahnya Empayar Sri Wijaya akibat serangan Raja Chola ke Pusat Sri Wijaya di Kedah dari koromandel, akhirnya timbul Empayar baru yang mewarisi kota kota Sri Wijaya selepas jatuhnya kedah di serang Chola dan Maharaja Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang bersemanyam di Kedah.(Inskripsi Tanjore)


Kerajaan Melayu yang berpusat di Dharmasraya telah menjadi sebuah pusat baru gabungan negeri negeri bekas wilayah Sri Wijaya  selepas jatuhnya kerajaan Sriwijaya pada 1025. Selepas serangan dari Rajendra raja Chola dari Koromandel, pihak berkuasa dinastiSailendra ke atas pulau-pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu menjadi semakin lemah.


Ramai bangsawan Sriwijaya yang melarikan diri ke pedalaman, terutama ke hulu sungai Batang Hari. Mereka kemudian bergabung dengan Kerajaan Melayu Tua yang sudah lebih dulu ada di daerah tersebut, Empayar yang di namakan Empayar Melayu yang bertukar pusat ke Dharmanisya dan Nama Melayu sebagai rakyat dan Bangsa Empayar Melayu. 
Sebagai waris Empayar Sri Wijaya.

Setelah itu Pusat Empayar Melayu berpindah ke Melaka dan seterus nya ke Johor Riau Lingga.

Jestru itu melayu adalah nama Empayar/kerajaan yang Meliputi  Champa, Thailand, Indonesia dan Malaysia di mana Dharmasraya mengambil pupuk pimpinan dari Kedah.

Sesetengah waktu kemudian datang dinasti baru yang mengambil alih peranan Dinasti Sailendra, digelar dengan nama dinasti Mauli.

Inskripsi yang mana nama Dharmasraya dan nama raja Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa bermuncul juga berasal dari abadi  ke-13, ternyata inskripsi Padang Roco di keliling kepala perairan Batang Hari (kini Dharmasraya di Sumatera Barat), bertarikh 1286. 
Tetapi sebelum itu, pada 1183, dari inskripsi Grahi di Chaiya (Selatan Thailand), Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa nama raja Kerajaan Melayu juga muncul.

Jestru rakyat di bawah kerajaan Melayu yang mengambil alih sri wijaya membahasakan diri mereka sebagai rakyat Melayu.

Dharmasraya.

Dharmasraya dalam Pararaton merupakan ibukota dari negeri bhumi malayu. Dengan demikian, Tribhuwanaraja dapat pula disebut sebagai raja Malayu. 
Tribhuwanaraja sendiri kemungkinan besar adalah keturunan dari Trailokyaraja. Oleh karena itu, Trailokyaraja pun bisa juga dianggap sebagai raja Malayu, meskipun prasasti Grahi tidak menyebutnya dengan jelas.

Yang menarik di sini adalah daerah kekuasaan Trailokyaraja pada tahun 1183 telah mencapai Grahi, yang terletak di selatan Thailand (Chaiya sekarang). 
Itu artinya, setelah Sriwijaya mengalami kekalahan, Malayu bangkit kembali sebagai penguasa Selat Malaka. 
Namun, kapan kiranya kebangkitan tersebut dimulai tidak dapat dipastikan, dari catatan Cina disebutkan bahwa pada tahun 1082 masih ada utusan dari Chen-pi (Jambi) sebagai bawahan San-fo-ts'i, dan disaat bersamaan muncul pula utusan dari Pa-lin-fong (Palembang) yang masih menjadi bawahan keluarga Rajendra.

Istilah Srimat yang ditemukan di depan nama Trailokyaraja dan Tribhuwanaraja berasal dari bahasa Tamil yang bermakna ”tuan pendeta”. 
Dengan demikian, kebangkitan kembali Kerajaan Malayu dipelopori oleh kaum pendeta. Namun, tidak diketahui dengan jelas apakah pemimpin kebangkitan tersebut adalah Srimat Trailokyaraja, ataukah raja sebelum dirinya, karena sampai saat ini belum ditemukan prasasti Wangsa Mauli yang lebih tua daripada prasasti Grahi.

Daerah Kekuasaan Dharmasraya

Dalam naskah berjudul Zhufan Zhi (諸蕃志) karya Zhao Rugua tahun 1225 disebutkan bahwa negeri San-fo-tsi memiliki 15 daerah bawahan, yaitu Che-lan (Kamboja), Kia-lo-hi (Grahi, Ch'ai-ya atau Chaiya selatan Thailand sekarang), Tan-ma-ling (Tambralingga, selatan Thailand), Ling-ya-si-kia (Langkasuka, selatan Thailand), Ki-lan-tan (Kelantan), Ji-lo-t'ing (Cherating, pantai timur semenanjung malaya), Tong-ya-nong (Terengganu), Fo-lo-an (muara sungai Dungun, daerah Terengganu sekarang), Tsien-mai (Semawe, pantai timur semenanjung malaya), Pa-t'a (Sungai Paka, pantai timur semenanjung malaya), Pong-fong (Pahang), Lan-mu-li (Lamuri, daerah Aceh sekarang), Kien-pi (Jambi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-to (Sunda), dan dengan demikian, wilayah kekuasaan San-fo-tsi membentang dari Kamboja, Semenanjung Malaya, Sumatera sampai Sunda.


Jestru kerna ini lah sebahagian dari rakyat di kawasan ini dengan jelas memanggil diri mereka sebagai Melayu. 


Malayapura merupakan salah satu dari kata-kata yang dipahatkan pada Arca Amoghapasa oleh Adityawarman pada tahun 1347. 
Dari kaitan terjemahan teks dari manuskrip tersebut, Malayapura dirujuk menjadi nama kerajaan Melayu yang diproklamirkan oleh Adityawarman di Dharmasra
Kaitan Kerajaan Melayu berpusat di Dharmasraya dan Majapahit.

Menurut Pararaton, nama asli Jayanagara adalah Raden Kalagemet putra Raden Wijaya dan Dara Petak. Ibunya ini berasal dari Kerajaan Dharmasraya di Pulau Sumatra. 
Ia dibawa Kebo Anabrang ke tanah Jawa sepuluh hari setelah pengusiran pasukan Mongol oleh pihak Majapahit.
 
Jayanagara juga menghadapi pemberontakan kerana ia adalah darah campuran Melayu dan Berjaya menundukkan pemberontakan.

Jestru Jayanagara mengirim sepupunya Adiyawarman, anak dara jingga sebagai Diplomat China Adiyawarman menjadi Maharaja Melayu di Dharmasraya dan kemudiannya memindahkan pusatnya ke pendalaman Minangkabau dan menamakan kerajaannya Melayupura. 
Kemudiannya di kenali sebagai pagar ruyung. (Jestru kita dapat melihat kaitan Melaka sebagai pusat baru Melayu dan Pagar Ruyung ). penemuan Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah di Kerinci yang diperkirakan berasal dari zaman Adityawarman. 
Naskah tersebut menyebutkan tentang adanya Maharaja Dharmasraya. Jika dikaitkan dengan piagam yang dipahat pada bahagian belakang Arca Amoghapasa, Adityawarman bergelar Maharajadiraja dan membawahi Dharmasraya dan Palembang.

Setelah kematian Adiyawarman , hubungan Melayu dan Majapahit menjadi tegang , Peperangan antara keluarga kerana Klaim ke atas takta Majapahit. 
Parameswara  yang menikahi puteri Majapahit Kertawardana dan terlibat dalam konflik keluarga dan di halau dari Sumatera. 
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari Adityawarman) yang tidak mempunyai putera. 
Putera Melayu terakhir Parameswara menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka, Empayar Kesutanan Melayu Malaka adalah kesinambun waris  waris Sri Wijaya /Melayu yang bangun kembali.

Jestru itu Melayu adalah penduduk Asal  Semenanjung dan telah membina kerajaan Kerajaan kerajaan Hebat seperti Kedah , Langkasuka, Kelantan dan bergabung dengan saudara di Sumatera dalam Emperium Kerajaan Melayu selepas Sri Wijaya.





Projek Ratus Bilion: Selepas lapan tahun, siapa sebenarnya terima manfaat Iskandar Malaysia?

$
0
0
Selasa, 21 Oktober 2014.


Semasa ditubuhkan, ianya bertujuan untuk memberikan nafas baru kepada Johor Baru, akan tetapi selepas lapan tahun dilancarkan, Iskandar Malaysia gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa di selatan Johor dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik.

Ini adalah sentimen yang ditunjukkan daripada temuramah rawak yang dijalankan The Malaysian Insider bersama dua kumpulan, penduduk biasa dan pemilik perniagaan di selatan Johor – Masai, Bandar Baru Uda, Bukit Indah, dan Kampung Melayu Majidi.

Lebih separuh daripada 18 individu yang ditemui berkata, kehidupan mereka tidak berubah menjadi lebih baik, meskipun Iskandar Malaysia bertujuan untuk mengubah ekonomi dan landskap fizikal di selatan Johor itu.

 Lebih kurang dua pertiga daripada pemilik perniagaan berkata, mereka tidak merasai limpahan kebaikan, dari segi peluang menambahkan pendapatan atau keuntungan. 


Ini adalah selepas inisiatif berkenaan membawa pelaburan sebanyak RM156.35 bilion sejak 2006 menurut laporan pada 18 Oktober oleh agensi berita nasional Bernama.

Akan tetapi, kebanyakan responden optimis mengenai Iskandar Malaysia, dengan majoriti daripada dua kumpulan itu secara keseluruhannya mangatakan ianya baik untuk selatan Johor.

Sikap optimis itu bagaimanapun turut diluahkan beserta kekecewaan dengan peningkatan kos sara hidup serta harga rumah.

Terdapat juga sentimen di kalangan penduduk yang berpandangan golongan kaya dan mempunyai jaringan kuat akan mendapat faedah besar daripada Iskandar Malaysia sementara mereka yang lain hanya menerima sisanya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Anwar ke UM sebelum rayuan terakhir kes liwat

$
0
0
 
 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat Universiti Malaya (UM) tempat beliau pernah menuntut ilmu, sehari sebelum rayuan terakhir terhadap sabitan kes pertuduhan liwat terhadapnya dibuat.

Anwar, pemimpin pelajar lantang sekitar 1970-an, dijadual hadir ke program persatuan mahasiswa bagi bercakap berhubung perjalanannya daripada UM ke penjara – yang mungkin berlaku buat kali kedua.

Program pada 27 Oktober itu dinamakan “Anwar Ibrahim: 40 tahun, dari UM ke penjara” dijadual diadakan pada jam 9 malam di dataran Dewan Tunku Canselor.

Bagaimanapun majlis pelajar itu belum memaklumkan kepada pihak universiti.

“Kami tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada universiti kerana dataran Dewan Tunku Canselor adalah tempat awam.

“Anwar juga bekas pelajar, jadi beliau ada hak masuk ke kampus UM,” kata timbalan presiden majlis pelajar Lee Jin Yang kepada Malaysiakini.

Lee berkata, pertuduhan liwat terhadap Anwar menjadi kes penanda aras dan banyak pihak masih tidak dimaklumkan sepenuhnya berhubung perkara itu.

Program itu juga dirancang terbuka untuk orang awam.

UM kata 'tidak'

“Kami harap Anwar mempunyai peluang menjelaskan kepada pelajar dan masyarakat awam, dan meluahkan pandangannya.

“Ini selari dengan kebebasan akademik dan maklumat,” katanya.

Pegawai media UM Rohaizan Ramli bagaimanapun berkata, mereka tidak mendapat permohonan untuk mengadakan program itu.

“Jika tiada permohonan, bermaksud pengucapan umum tidak mendapat kebenaran daripada universiti,” katanya.



Malaysiakini

Azmin: Apa nasihat AG? Saya nak tahu

$
0
0

 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi penjelasan berhubung nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara sehingga  menyebabkan dokumen perjanjian air tidak boleh didedahkan.

Azmin berkata, beliau sebelum ini telah meneliti dokumen tersebut dan mendapati tiada perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara sehingga menyebabkan Peguam Negara menghalang dokumen itu daripada didedahkan kepada umum.

"Perlu beri penjelasan kenapa (dokumen) ini ditolak kerana perjanjian itu tidak melibatkan isu keselamatan. Hanya kontrak perniagaan antara dua pihak. Kenapa perlu disembunyikan.

"Jika terma itu melindungi kepentingan rakyat, maka tak ada sebab kerajaan pusat bersungguh-sungguh menghalang daripada dokumen ini didedahkan

"Apa nasihat dia (Peguam Negara)? Saya nak tahu. mesti ada justifikasi kenapa dokumen itu dihalang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan di Shah Alam.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata beliau sehingga kini belum menerima surat rasmi daripada kementerian itu berhubung penolakan untuk mendedahkan dokumen perjanjian air tersebut.

Beliau menjelaskan dokumen itu perlu didedahkan kepada umum bukan bertujuan untuk membatalkan perjanjian berkenaan sebaliknya hanya untuk kepentingan rakyat.

"Sampai sekarang saya belum terima surat rasmi daripada kementerian dan menteri. Lebih adil jika saya teliti dulu jika kerajaan persekutuan tolak permintaan kerajaan negeri untuk dedahkan perjanjian tersebut maka saya akan teliti dulu surat tersebut.

"(Saya) bukan nak batalkan (perjanjian) tapi mesti ada ketelusan kalau tidak akan membebankan rakyat," katanya.

Pada Sabtu lalu, Maximus berkata kandungan perjanjian air antara Putrajaya dan kerajaan Selangor belum boleh didedahkan kepada umum selepas mendapatkan khidmat nasihat yang diberikan Pejabat Peguam Negara. 



Malaysiakini

8 Gambar Terbaru Cik Khaleeda Bustamam, Bakal Isteri TMJ

$
0
0

 Berita dipetik dari jurungan.blogspot.com





Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Khaleeda berusia 20-an dan berasal dari Gombak, Selangor pernah kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Ismail.

Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik.

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.














 

Ulama putar belit, ampu seperti anjing jelirkan lidah, kata bekas mufti OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

$
0
0

Teruk Dr. Asri Tibai Ulamak Spesis Ini!


Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyamakan ulama yang menyeleweng fakta agama bagi kepentingan dunia sendiri seperti anjing yang menjelirkan lidahnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2014.

 
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengatakan golongan ulama yang menjadi pengampu dan menyembunyikan kebenaran seperti anjing menjelirkan lidah, meneruskan debat mengenai program "I Want To Touch A Dog" yang dianjurkan di Selangor hujung minggu lalu.
Bekas mufti Perlis itu berkata Al-Quran menyatakan ulama yang menjual ajaran agama hanya untuk kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
“Menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyeleweng fakta sehingga manusia tersesat.
“Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah,” katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com.
Asri berkata anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya, seperti juga ilmuan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia.
Katanya golongan itu sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.
“Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya.
“Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.
“Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain,” katanya.
Semalam, bekas mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata program "I Want To Touch A Dog" anjuran umat Islam di Selangor satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.
"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Katanya jika ulama berpegang atas prinsip ilmu, mereka akan mendapat kemuliaan, namun jika gopoh dengan silauan tawaran dunia, samalah golongan itu seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
“Ya, ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.
“Namun walau apa pun keadaannya, mereka tidak boleh menyeleweng fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah.
“Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia,” katanya.
Asri berkata beliau bukanlah menyokong kempen menyentuh anjing seperti yang digambarkan media tertentu, namun hanya bercakap dari dimensi teks Islam berkaitan anjing dan bukannya mengenai kempen berkenaan.
Katanya apa yang cuba dibangkitkan hanyalah untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing.
“Saya tidak menyatakan sokongan atau pun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan.
“Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.
“Jika saya ingin menyokong atau pun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini,” katanya. – 21 Oktober, 2014.



Chegu Bard pulak kena saman RM2 juta

$
0
0
 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus memfailkan saman sebanyak RM2 juta ke atas bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kerana memfitnahnya di laman sosial pada 22 Mac lalu.

Writ saman berkenaan difailkan menerusi peguam, Hazwan Mohd Nor di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Menurut Hazwan, anak guamnya selaku plaintif memfailkan saman itu berikutan kenyataan yang dikeluarkan defendan, Badrul Hisham melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook ditujukan kepadanya dengan niat untuk mencemar nama baik.

“Beberapa kenyataan yang dikeluarkan Badrul Hisham menjejaskan nama baik anak guam saya yang ketika itu sedang berkempen sebagai calon Ketua AMK pusat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Seremban, di sini, semalam.

Hazwan berkata, notis tuntutan permohonan maaf bertarikh 24 April telah dihantar kepada Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegu Bard.

“Kita sudah memberi masa panjang untuk defendan memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya.

“Namun, defendan enggan berbuat demikian menyebabkan tindakan saman diambil,” katanya.

Katanya, plaintif memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM2 juta itu sebagai tindakan terakhir selepas defendan gagal memberi kerjasama.


Hazwan (kiri) bersama rakannya, Hafiz Yahya berbincang mengenai writ saman yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban. 



Anak Sungai Derhaka

Asri: Jangan lupa 'ulama' perangai macam anjing

$
0
0
 
 
Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak lupa "ulama yang bersikap bagaikan anjing" dalam kesibukan membincangkan isu kempen menyentuh bintang itu.

Merujuk sepotong ayat al-Quran, tokoh agama itu menjelaskan ayat tersebut telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah demi kepentingan dunia sepertimana anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya," katanya dalam laman Facebooknya.

"Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain," tegasnya lagi.


Ulama pengampu

Dr Mohd Asri membidas tindakan ulama yang “mengampu mempertahankan kesalahan pihak yang diampu” dan mencari kesalahan pihak musuh dengan pelbagai dalil.

"Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama.

"Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain," katanya.

Memetik sepotong ayat al-Quran lain yang mengingatkan ancaman azab Allah terhadap ulama yang menyembunyikan kebenaran, Dr Mohd Asri yang mengakui bahawa ulama bukan malaikat atau nabi yang maksum.

Bagaimanapun, felo Universiti Oxford itu berkata ulama tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah walau apa jua keadaannya.

"Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.

"Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.

"Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," katanya.

Seperti panda, tak jelas...

Sementara itu, mengulas kontroversi acara menyentuh anjing kelmarin, Dr Mohd Asri berkata tulisannya sebelum ini tidak bermaksud menyokong kempen itu, walaupun media didakwa menggambarkan demikian.

"Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan? Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.

"Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini," katanya. 
 
Malaysiakini

Persatuan artis kempen tutup TV tanda protes

$
0
0
  
 Satu gabungan 11 persatuan artis dan pekerja industri kreatif hari ini melancarkan kempen menutup TV selama tiga jam dari jam 8 sehingga 11 malam pada 11 November depan.


Kempen yang dinamakan Switch Off '14 Rancangan Tergendala itu dilancarkan gabungan itu sebagai tanda protes ke atas dakwaan "penindasan" terhadap pekerja industri kreatif tanah air.

Mereka menggesa kerajaan agar campur tangan dalam isu kadar harga yang dibayar oleh stesen televisyen tempatan untuk isi kandungan program TV.

Pengerusi gabungan itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata satu pertemuan sedang diatur dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menyampaikan "permintaan-permintaan" tersebut.

"Saya sangat positif, satu perkara baik akan berlaku pada 11 November ini," kata Jurey kepada wartawan selepas sidang media pagi ini.


Malaysiakini

Label Islam sebagai liberal menghodohkan Islam – TG Nik Aziz - ASLANI M |

$
0
0
 

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menganjurkan program 'I Want To Touch A Dog' sebagai ada “ulat dalam kepala”.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sekarang timbul banyak aliran yang bersifat liberal dalam Islam dengan menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sebagai sesat.

“Menganjurkan program khusus bagi menjamah anjing hanya dilakukan mereka yang seumpama ada ulat dalam kepala. Ia bertentangan dengan mazhab Shafei,” katanya pada program sambutan ulangtahun ke-24 pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di Kelantan Trade Centre hari ini. (Foto atas daripada fb Tok Guru)

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Sempena ulang tahun tersebut turut diadakan jamuan rakyat di Dataran Stadium tengah hari ini. Tok Guru Nik Abdul Aziz juga melancar buku "Khalifah Kita Pilihan Allah" tulisan Menteri Besar.

Baru-baru ini ada pihak menganjur program 'I Want To Touch A Dog' di Damansara yang memberi peluang orang ramai hadir termasuk Islam menyentuh anjing.

Ekoran pendedahan program berkenaan banyak ulama tampil membantah. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula mahu penganjur dan umat Islam yang menyentuh anjing bertaubat kerana mempersenda hukum Allah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, ada pihak cuba melabelkan Islam sebagai liberal semata-mata bagi menghodohkan Islam, sedangkan demokrasi atau pelbagai kefahaman lain tidak pernah dilabel sebagai liberal.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar ketika mengimbau detik awal pentadbiran MBI di Kelantan memberitahu langkah pertama dibuat selepas mentadbir Kelantan iaitu memindahkan wang kerajaan daripada bank konvensional ke Bank Islam.

“Langkah itu telah menimbul rasa tidak puas pengurus-pengurus bank yang terdapat di Kota Bharu sehingga mereka datang menemui saya bagi mendapat penjelasan.

“Saya jelaskan sebagai ketua kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap wang kerajaan bagi mengelakkan sistem riba yang diharamkan oleh Islam,” ujarnya yang juga Adun Chempaka.  -  



HARAKAHDAILY 21/10/2014

AL FATIHAH: Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia HARAKAHDAILY

$
0
0
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Ismail Hussein, 82, meninggal dunia jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua, lapor Bernama.

Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) ituberusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham yang juga mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16, Petaling Jaya, 10 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 11 pagi.

Rasuah: Kenapa tak mahu laksana IPCMC? SALMIYAH HARUN

$
0
0
KUALA LUMPUR: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) digesa memberi penegasan bahawa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) wajar diterima pakai dan dijadikan mekanisma terbaik bagi meningkatkan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, IPCMC yang pernah dicadangkan pada tahun 2005 lalu merupakan suruhanjaya yang terbaik bagi menambah baik imej polis daripada pelbagai sudut termasuk rasuah.

"IPCMC satu mekanisma terbaik bukan sahaja buang persepsi negatif umum pada polis sekali gus meningkatkan imej dan integriti polis," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, cadangan penubuhan IPCMC itu adalah lahir dalam sesi perundangan umum yang pernah diwujudkan atas nama penambahbaikan polis.

"Cadangan ini bukan lahir daripada pandangan serpihan, ianya lahir daripada mereka yang arif seperti  .Akhirnya lahirlah IPCMC,"katanya.

Sebelum itu, PPPR sedang mencari pendekatan terbaik bagi mengikis pandangan negatif terhadap PDRM ini berikutan wujud tanggapan tidak sihat yang mengaitkan PDRM  dengan rasuah.

Sejak cadangan penubuhan IPCMC diikemukakan oleh salah seorang panel iaitu bekas Pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, bagaimanapun sehingga kini kerajaan memberi pelbagai alasan untuk melengah-legahkan penubuhan IPCMC.

Laporan 2005 yang dikemukakan oleh Mohamed Dzaiddin menjelaskan tujuan IPCMC hendaklah menjalankan pengawasan PDRM dan dalam hal ini melaksanakan fungsi-fungsi utama seperti menerima dan menyiasat aduan mengenai PDRM dan anggotanya, mencegah, mengesan dan menyiasat rasuah dan salah laku serius dalam PDRM serta mencadangkan langkah-langkah kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagi meningkatkan integriti polis, mengurangkan salah laku dan membina keyakinan orang awam terhadap PDRM.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi menegaskan bahawa cadangan penubuhan IPCMC akan mengakibatkan 'pertindihan bidang kuasa dan undang-undang dalam kalangan agensi penguatkuasa' dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta bertentangan dengan konsep keadilan. - 



HARAKAHDAILY 21/10/2014

Waris tuntut JPN keluar sijil mati Sosilawati

$
0
0
 
Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian ibunya, yang mati dibunuh di Ladang Gadong, Banting, Selangor, pada 2010.

Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27,  Erni Erinawati Sofia, 25, Erni Rineelawati,24, dan Siti Nur Fatimah, 17, menfailkan permohonan itu di pejabat pendaftaran, Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Sept lepas melalui Tetuan Basharuddin Fa'izie Iskandar.

Kelima-lima pemohon itu menamakan JPN sebagai responden.

Hari ini Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Diana Md Razali menetapkan 25 Nov untuk mendengar permohonan kebenaran itu selepas kes itu disebut di hadapannya.

Peguam Mohd Iskandar Ismail mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan mendengar permohonan itu. Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob mewakili JPN.

Dalam permohonan itu anak Sosilawati antara lain memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan JPN pada 25 Julai lepas yang tidak mengeluarkan sijil kematian ibunya.

Mereka juga mahu supaya JPN mengeluarkan sijil kematian ibunya, kos dan juga lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam surat kepada JPN, kesemua pemohon berkata mereka memohon supaya JPN mengeluarkan sijil kematian itu bagi membolehkan pembahagian harta, saham dan aset-aset ibunya untuk diagih-agihkan kepada warisnya.

Erwan Suwari Rizuwan dalam afidavit sokongannya mendakwa JPN dalam jawapan lisan berkata sijil kematian Sosilawati tidak boleh dikeluarkan kerana tiada mayat dijumpai berdasarkan Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan sekiranya tiada mayat dijumpai, orang itu akan dianggap hilang.

Anak lelaki Sosilawati itu mendakwa JPN berkata atas sebab itu Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai di mana sekiranya orang itu tidak dapat dijumpai atau dihubungi selama tujuh tahun, satu anggapan kematian akan dibuat dan selepas itu surat anggapan kematian akan dikeluarkan.

Bagaimanapun, Erwan Suwari Rizuwan berkata dalam kes ibunya, terdapat keadaan khas bahawa walaupun mayat tidak dijumpai dan masih belum mencapai tujuh tahun namun mahkamah masih boleh sahkan kematian ibunya berdasarkan  keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang diberikan semasa perbicaraan kes bunuh ibunya.

JPN dalam surat jawapannya kepada Erwan Suwari Rizuwan bertarikh 25 Julai lepas berkata berdasarkan nasihat perundangan memaklumkan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan oleh jabatan itu selepas rayuan kes empat tertuduh dalam kes bunuh Sosilawati di Mahkamah Rayuan diputuskan.

Mahkamah Rayuan menetapkan lima hari bermula 9 Feb 2015 untuk mendengar rayuan itu.

Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mereka didapati bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
 
Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

- Bernama

RM9.32 bilion diperlukan untuk atasi banjir kilat di kawasan bandar

$
0
0
RM9.32 bilion diperlukan untuk atasi banjir kilat di kawasan bandar  Published: 21 October 2014  Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi masalah banjir kilat di Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara hari ini, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi masalah banjir kilat di Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara hari ini, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Sejumlah RM9.32 bilion diperlukan untuk mengatasi banjir kilat di kawasan bandar seluruh negara, meliputi pembinaan infrastruktur sistem saliran bandar, penyelesaian jangka pendek secara 'quick win' dan penyediaan Pelan Induk Saliran Bandar Secara Mesra Alam di bandar terpilih.  Anggaran peruntukan itu hasil kajian Jabatan Pengairan dan Saliran 2013 dimaklumkan dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara kali kesembilan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.  Mesyuarat turut dimaklumkan 102 kawasan bandar dikenal pasti mengalami masalah banjir kilat kritikal, antaranya disebabkan hujan lebat setempat berkeamatan tinggi dalam tempoh singkat dan ketidakupayaan sistem saliran sedia ada untuk menampung pertambahan air larian permukaan.  Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar  Datuk Seri G Palanivel, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.  Mesyuarat turut mempertimbangkan Perkongsian Sumber Air Mentah dan Penyaluran Bekalan Air Terawat antara Dua Negeri Berjiran sebagai platform perkongsian sumber air mentah.  Perkara itu bagi memberi manfaat antara dua negeri berjiran menjamin bekalan air serta memupuk kerjasama dan persefahaman dalam pembangunan serta pengurusan sumber air.  Selain itu, garis panduan dan dasar yang komprehensif perlu diwujudkan antara negeri terlibat agar sumber air dapat dioptimumkan penggunaan dan faedahnya.  Mesyuarat itu turut membincangkan tentang Kepentingan Keselamatan Struktur Empangan yang menekankan keperluan memperkukuhkan pasukan teknikal pengendali empangan sedia ada di setiap negeri.  Langkah itu bagi membolehkan kerja-kerja operasi dan penyenggaraan di setiap struktur empangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. – Bernama, 21 Oktober, 2014.   //www.themalaysianinsider.com/bahas.
  Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi masalah banjir kilat di Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara hari ini, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi masalah banjir kilat di Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara hari ini, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejumlah RM9.32 bilion diperlukan untuk mengatasi banjir kilat di kawasan bandar seluruh negara, meliputi pembinaan infrastruktur sistem saliran bandar, penyelesaian jangka pendek secara 'quick win' dan penyediaan Pelan Induk Saliran Bandar Secara Mesra Alam di bandar terpilih.

Anggaran peruntukan itu hasil kajian Jabatan Pengairan dan Saliran 2013 dimaklumkan dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara kali kesembilan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Mesyuarat turut dimaklumkan 102 kawasan bandar dikenal pasti mengalami masalah banjir kilat kritikal, antaranya disebabkan hujan lebat setempat berkeamatan tinggi dalam tempoh singkat dan ketidakupayaan sistem saliran sedia ada untuk menampung pertambahan air larian permukaan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mesyuarat turut mempertimbangkan Perkongsian Sumber Air Mentah dan Penyaluran Bekalan Air Terawat antara Dua Negeri Berjiran sebagai platform perkongsian sumber air mentah.

Perkara itu bagi memberi manfaat antara dua negeri berjiran menjamin bekalan air serta memupuk kerjasama dan persefahaman dalam pembangunan serta pengurusan sumber air.

Selain itu, garis panduan dan dasar yang komprehensif perlu diwujudkan antara negeri terlibat agar sumber air dapat dioptimumkan penggunaan dan faedahnya.

Mesyuarat itu turut membincangkan tentang Kepentingan Keselamatan Struktur Empangan yang menekankan keperluan memperkukuhkan pasukan teknikal pengendali empangan sedia ada di setiap negeri.

Langkah itu bagi membolehkan kerja-kerja operasi dan penyenggaraan di setiap struktur empangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. – Bernama, 21 Oktober, 2014.


//www.themalaysianinsider.com/bahas.
 

RM9.32 bilion diperlukan untuk atasi banjir kilat di kawasan bandar

Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi masalah banjir kilat di Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara hari ini, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2014. Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi masalah banjir kilat di Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara hari ini, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2014. Sejumlah RM9.32 bilion diperlukan untuk mengatasi banjir kilat di kawasan bandar seluruh negara, meliputi pembinaan infrastruktur sistem saliran bandar, penyelesaian jangka pendek secara 'quick win' dan penyediaan Pelan Induk Saliran Bandar Secara Mesra Alam di bandar terpilih.
Anggaran peruntukan itu hasil kajian Jabatan Pengairan dan Saliran 2013 dimaklumkan dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara kali kesembilan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Mesyuarat turut dimaklumkan 102 kawasan bandar dikenal pasti mengalami masalah banjir kilat kritikal, antaranya disebabkan hujan lebat setempat berkeamatan tinggi dalam tempoh singkat dan ketidakupayaan sistem saliran sedia ada untuk menampung pertambahan air larian permukaan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar  Datuk Seri G Palanivel, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. Mesyuarat turut mempertimbangkan Perkongsian Sumber Air Mentah dan Penyaluran Bekalan Air Terawat antara Dua Negeri Berjiran sebagai platform perkongsian sumber air mentah.
Perkara itu bagi memberi manfaat antara dua negeri berjiran menjamin bekalan air serta memupuk kerjasama dan persefahaman dalam pembangunan serta pengurusan sumber air.
Selain itu, garis panduan dan dasar yang komprehensif perlu diwujudkan antara negeri terlibat agar sumber air dapat dioptimumkan penggunaan dan faedahnya.
Mesyuarat itu turut membincangkan tentang Kepentingan Keselamatan Struktur Empangan yang menekankan keperluan memperkukuhkan pasukan teknikal pengendali empangan sedia ada di setiap negeri.
Langkah itu bagi membolehkan kerja-kerja operasi dan penyenggaraan di setiap struktur empangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. – Bernama, 21 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rm9.32-bilion-diperlukan-untuk-atasi-banjir-kilat-di-kawasan-bandar#sthash.53hBIVP1.dpuf

Selangkah ke depan bagi Indonesia, 2 langkah ke belakang bagi Malaysia

$
0
0
 
Selangkah ke depan bagi Indonesia, 2 langkah ke belakang bagi Malaysia  Published: 21 October 2014  Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (tengah) dan ahli delegasi PKR bercakap semasa pertemuan hari ini bersama Menteri Luar Negara Julie Bishop dan Senator Australia Selatan Nick Xenophon  Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (tengah) dan ahli delegasi PKR bercakap semasa pertemuan hari ini bersama Menteri Luar Negara Julie Bishop dan Senator Australia Selatan Nick Xenophon. –   Ketika Indonesia mengalu-alukan presiden ketujuhnya, sebuah akhbar Australia hari ini mengetengahkan perbezaan di antara Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.  Memuji pelantikan Jokowi sebagai satu langkah ke hadapan bagi demokrasi, menurut The Sydney Morning Herald, Malaysia sebaliknya melangkah ke belakang dengan mengambil pendirian autoritarian.  Pengarang politik dan antarabangsa akhbar harian Australia itu, Peter Hatcher berkata, Malaysia berusaha gigih "memusnahkan seorang lelaki yang dipilih kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ketua mereka," merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Hatcher mendakwa demokrasi regresif Malaysia dapat digambarkan melalui 'perbicaraan palsu' Anwar pada minggu depan.  "Indonesia melantik tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin, sementara Malaysia memutuskan satu perbicaraan palsu untuk menghancurkan tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin," kata Hatcher.  "Indonesia melaksanakan pemindahan kuasa pertamanya daripada seorang presiden yang dilantik ke seorang presiden yang lain. Dan Malaysia? Ia kekal di bawah kuasa satu parti sama yang sudah memerintah sejak dari kemerdekaan pada 1957." – 21 Oktober, 2014.   http://www.themalaysianinsider.com

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (tengah) dan ahli delegasi PKR bercakap semasa pertemuan hari ini bersama Menteri Luar Negara Julie Bishop dan Senator Australia Selatan Nick Xenophon.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (tengah) dan ahli delegasi PKR bercakap semasa pertemuan hari ini bersama Menteri Luar Negara Julie Bishop dan Senator Australia Selatan Nick Xenophon. –

Ketika Indonesia mengalu-alukan presiden ketujuhnya, sebuah akhbar Australia hari ini mengetengahkan perbezaan di antara Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Memuji pelantikan Jokowi sebagai satu langkah ke hadapan bagi demokrasi, menurut The Sydney Morning Herald, Malaysia sebaliknya melangkah ke belakang dengan mengambil pendirian autoritarian.

Pengarang politik dan antarabangsa akhbar harian Australia itu, Peter Hatcher berkata, Malaysia berusaha gigih "memusnahkan seorang lelaki yang dipilih kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ketua mereka," merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hatcher mendakwa demokrasi regresif Malaysia dapat digambarkan melalui 'perbicaraan palsu' Anwar pada minggu depan.

"Indonesia melantik tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin, sementara Malaysia memutuskan satu perbicaraan palsu untuk menghancurkan tokoh yang dipilih kebanyakan pengundi sebagai pemimpin," kata Hatcher.

"Indonesia melaksanakan pemindahan kuasa pertamanya daripada seorang presiden yang dilantik ke seorang presiden yang lain. Dan Malaysia? Ia kekal di bawah kuasa satu parti sama yang sudah memerintah sejak dari kemerdekaan pada 1957."– 21 Oktober, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com

Pemain badminton negara gagal ujian dadah, lapor akhbar

$
0
0
Pemain badminton negara gagal ujian dadah, lapor akhbar  Published: 21 October 2014  Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat gangsa bagi Malaysia dalam sukan badminton di Incheon baru-baru ini.  Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat gangsa bagi Malaysia dalam sukan badminton di Incheon baru-baru ini.  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengatakan pemain badminton utama negara gagal dalam ujian rawak dadah yang dijalankan semasa Kejuaraan Dunia di Copenhagen pada Ogos, lapor The New Straits Times Online hari ini.  Tiada nama yang disebut namun akhbar tersebut melaporkan BAM dan "pihak yang terlibat" dimaklumkan semasa Sukan Asia (Asian Games) baru-baru ini di Incheon, Korea.  Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat gangsa bagi Malaysia dalam sukan badminton di Incheon baru-baru ini. – 21 Oktober, 2014. -   See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
  Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat gangsa bagi Malaysia dalam sukan badminton di Incheon baru-baru ini.

Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat gangsa bagi Malaysia dalam sukan badminton di Incheon baru-baru ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengatakan pemain badminton utama negara gagal dalam ujian rawak dadah yang dijalankan semasa Kejuaraan Dunia di Copenhagen pada Ogos, lapor The New Straits Times Online hari ini.

Tiada nama yang disebut namun akhbar tersebut melaporkan BAM dan "pihak yang terlibat" dimaklumkan semasa Sukan Asia (Asian Games) baru-baru ini di Incheon, Korea.

Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat gangsa bagi Malaysia dalam sukan badminton di Incheon baru-baru ini. – 21 Oktober, 2014.
-

See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Reformasi Parlimen agenda utama Pakatan jika tawan Putrajaya OLEH LOOI SUE-CHERN

$
0
0
 
Reformasi Parlimen agenda utama Pakatan jika tawan Putrajaya  OLEH LOOI SUE-CHERN  Published: 21 October 2014  Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa berkata pembaharuan Parlimen agenda utama Pakatan Rakyat jika Putrajaya dapat ditawan.  Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa berkata pembaharuan Parlimen agenda utama Pakatan Rakyat jika Putrajaya dapat ditawan.   Parlimen merupakan institusi ulung yang perlu dibaik pulih dan ia akan menjadi perkara pertama dalam senarai reformasi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) jika Putrajaya dapat ditawan, kata ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa.  Beliau bersama penceramah lain dalam satu forum perundangan di Pulau Pinang berkata, perkara ini perlu dilakukan supaya Malaysia dapat mengamalkan proses penggubalan undang-undang sebenar, tidak seperti sekarang apabila Parlimen sering dilihat melakukan "rubber stamp".  "Kita perlu berikan Parlimen lebih kuasa dan melakukan 'checks and balances' (semak dan imbang) atas diri kita sendiri," katanya sambil menambah jika PR percaya kepada demokrasi, soal reformasi Parlimen mesti diberi keutamaan.  Perkara pertama yang perlu diadakan ialah jawatankuasa pilihan khusus bagi "memantau, menyiasat dan menyoal kementerian tentang apa saja, seperti yang ditubuhkan di Indonesia, Australia dan Britain," katanya pada satu forum di Bukit Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.  Katanya, jawatankuasa ini penting dan merupakan sistem yang lebih efektif bagi menyemak setiap kementerian berbanding sistem sekarang di mana 222 ahli Parlimen memantau 20 kementerian. Perbicaraan jawatankuasa ini juga boleh disiarkan secara telus di televisyen, katanya.  Selain memperkenalkan sistem jawatankuasa pilihan, Parlimen juga perlu mekanisme yang lebih efektif dalam menyoal keputusan kerajaan dan mendengar suara kumpulan minoriti, kata Sivarasa.  Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekarang tidak membenarkan ia dijalankan secara lebih demokrasi dalam meneliti urusan perjalanan harian kerajaan. Selain menggubal undang-undang, Parlimen yang demokrasi perlu menyoal kerajaan dalam isu semasa, katanya.  "Soalan bertulis mesti dihantar 14 hari bekerja lebih awal. Sesi bajet di Parlimen sekarang sebagai contoh, ia diadakan selama lapan minggu. Mungkin hanya selepas dua bulan setengah, baru tiba giliran soalan saya.  "Sudah basi," katanya yang memberi contoh sistem Parlimen di England dan Australia yang sudah diubah di mana ahli Parlimen tidak perlu menghantar soalan lebih awal. – 21 Oktober, 2014.   /www.themalaysianinsider.com.

Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa berkata pembaharuan Parlimen agenda utama Pakatan Rakyat jika Putrajaya dapat ditawan.

Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa berkata pembaharuan Parlimen agenda utama Pakatan Rakyat jika Putrajaya dapat ditawan. 

Parlimen merupakan institusi ulung yang perlu dibaik pulih dan ia akan menjadi perkara pertama dalam senarai reformasi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) jika Putrajaya dapat ditawan, kata ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa.

Beliau bersama penceramah lain dalam satu forum perundangan di Pulau Pinang berkata, perkara ini perlu dilakukan supaya Malaysia dapat mengamalkan proses penggubalan undang-undang sebenar, tidak seperti sekarang apabila Parlimen sering dilihat melakukan "rubber stamp".

"Kita perlu berikan Parlimen lebih kuasa dan melakukan 'checks and balances' (semak dan imbang) atas diri kita sendiri," katanya sambil menambah jika PR percaya kepada demokrasi, soal reformasi Parlimen mesti diberi keutamaan.

Perkara pertama yang perlu diadakan ialah jawatankuasa pilihan khusus bagi "memantau, menyiasat dan menyoal kementerian tentang apa saja, seperti yang ditubuhkan di Indonesia, Australia dan Britain," katanya pada satu forum di Bukit Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, jawatankuasa ini penting dan merupakan sistem yang lebih efektif bagi menyemak setiap kementerian berbanding sistem sekarang di mana 222 ahli Parlimen memantau 20 kementerian. Perbicaraan jawatankuasa ini juga boleh disiarkan secara telus di televisyen, katanya.

Selain memperkenalkan sistem jawatankuasa pilihan, Parlimen juga perlu mekanisme yang lebih efektif dalam menyoal keputusan kerajaan dan mendengar suara kumpulan minoriti, kata Sivarasa.

Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekarang tidak membenarkan ia dijalankan secara lebih demokrasi dalam meneliti urusan perjalanan harian kerajaan. Selain menggubal undang-undang, Parlimen yang demokrasi perlu menyoal kerajaan dalam isu semasa, katanya.

"Soalan bertulis mesti dihantar 14 hari bekerja lebih awal. Sesi bajet di Parlimen sekarang sebagai contoh, ia diadakan selama lapan minggu. Mungkin hanya selepas dua bulan setengah, baru tiba giliran soalan saya.

"Sudah basi," katanya yang memberi contoh sistem Parlimen di England dan Australia yang sudah diubah di mana ahli Parlimen tidak perlu menghantar soalan lebih awal. – 21 Oktober, 2014.


/www.themalaysianinsider.com.

PERJALANAN KE PENJARA - Teluk Bakong Online

$
0
0
 

Apa kah amanat terakhir DSAI,sebelum beliau disumbatkan kembali ke Penjara.Adakah dengan penahanan beliau BN/Umno akan selamat atau akan memberi makna bahawa pemerintahan BN sudah dipenghujung jalan..temui DSAI buat kali terakhir.
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live