Quantcast
Channel: ZAKRI ALI
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live

JAUHI R & R TAPAH - SANGAT MEMBAHAYAKAN KITA SEKELUARGA !!


Anwar Optimis Keputusan Mahkamah 28 Oktober Ini

$
0
0
 
alt
 
BAYAN BARU 23 Okt - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap optimis dengan keputusan mahkamah terhadap kes liwatnya yang ditetapkan 28 Oktober ini.
 
“Saya mengikut proses undang-undang dan fakta, tidak ada sebab kenapa saya harus bimbang dengan keputusan mahkamah. Kalau pertimbangan luar dari undang-undang, itu saya tidak tahu.
 
“Jadi sekarang, saya ambil sikap optimis berdasarkan fakta dan undang-undang. Tidak ada seorang pakar undang-undang dalam negara atau luar boleh pertikai keputusan untuk membebaskan saya,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran PKR Batu Uban, di sini, hari ini.
 
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Oktober ini untuk mendengar rayuan melibatkan kes liwat Anwar.
 
Peguamnya, Ramkarpal Singh berkata, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan balas kedua-dua pasukan pembelaan dan pendakwaan.
 
Anwar mengemukakan rayuan ke  Mahkamah Persekutuan ​berikutan sabitan tuduhan liwat ​ oleh​ Mahkamah Rayuan ​ dengan hukuman penjara lima tahun​.

Don’t stop Anwar event on campus, students warn UM

$
0
0

Universiti Malaya students today warned the management not to stop an event involving PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim scheduled for next Monday, ahead of his Federal Court appeal.

The Universiti Malaya Students’ Association (PMUM) said the university, as a public institution, belonged to all Malaysians who should be allowed to hear Anwar speak.

PMUM president Fahmi Zainol said it was inviting Anwar to speak at the event “40 years: from University of Malaya to prison”.

“The event marks Anwar’s journey from his days as a student here in Universiti Malaya to his present predicament,” Fahmi said in a statement today, referring to Anwar’s final appeal to the Federal Court against his sodomy conviction.

“We are extending the invitation to Anwar to address the students,” he said of the event to be held at the Dewan Tunku Canselor Square next Monday at 9pm.

Fahmi said UM belonged to all Malaysians, hence if there was any attempt to stop the event, all Malaysians would be invited to enter the campus grounds.

“This is not just a question of justice for Anwar, but it also involves the students’ freedom which is stated in the spirit of academic freedom.

“UM students support the principle of academic freedom and humanities. We intend to spread this principle to overcome the boundaries of political ideologies, race and religion.”

Fahmi said public universities were built with taxpayers’ funds and it would be wrong for the management to prevent non-students from joining the event.

The Dewan Tunku Canselor Square was also a public area, Fahmi said.

“The event is not only open to UM students, but to all Malaysians and foreigners to participate. Let us find the truth together,” he said.

The federal court is scheduled to hear Anwar’s appeal on his sodomy conviction on October 28 and 29.

On March 7, the Court of Appeal overturned his sodomy acquittal by the High Court two years earlier.

The appellate court found Anwar guilty of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan 26, at a unit at the Desa Damansara condominium in Bukit Damansara between 3.10pm and 4.30pm on June 26, 2008.

Anwar was sentenced to five years’ jail but was granted a stay of execution, pending an appeal to the Federal Court.

Dalang Sebar Video Fitnah Jahat Ustaz Azhar Idrus Terbongkar?

$
0
0
 

Sejak malam tadi para penguna media sosial digemparkan dengan penyebaran rakaman video berdurasi 0:38 saat memaparkan seorang lelaki yang mirip dengan seorang penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus.

Rata-rata penggiat media sosial, marah dan kecewa dengan tindakan penyebaran gambar dan rakaman tersebut yang disifatkan sebagai cubaan jahat untuk memalukan individu tersebut.

SuaraTV walau bagaimanapun gagal menghubungi Ustaz Azhar sebentar bagi mendapatkan maklumbalas berhubung penyebaran rakaman video tersebut.

Secara ringkasnya Ustaz Azhar Idrus sebelum terkenal sebagai penceramah agama merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.

Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik.

Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama lima tahun. Setelah lima tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.

Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendapat sambutan golongan muda di seluruh negara. Menyedari hakikat ini usaha Peirre Andre mengarah filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” adalah usaha menarik golongan muda menonton filem dakwah itu.

Sekali lagi David Teo menerbitkan filem dakwah, “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” lakonan Shiro yang memenangi Raja Lawak dahulu. Semalam (28 November) filem itu mula ditayangkan ke seluruh negara. Saya yang menontonnya di Midvalley tak tahan ketawa berdekahdelah melihat gelagat Shiro.

Dari awal penyertaan Shiro dalam Raja Lawak, saya sudah ramal mereka akan menjadi Raja Lawak. Terbukti ramalan saya itu apabila mereka dinobatkan Raja Lawak 2012. Ini adalah filem pertama mereka.

Filem arahan Pierre Andre ini adalah yang terbaru selepas Highland Towers yang mengutip sebanyak RM3 juta. Saya yakin filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” akan mengutip lebih dari RM2 juta kerana ramai anak-anak muda yang meminati UAI akan menonton filem ini.

Ustaz Azhar hanya muncul sekejap sahaja dalam filem ini tetapi dengan gaya bersahaja Ustaz Azhar kelakar macam Shiro juga.

“Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

Pada keseluruhannya, filem komidi arahan Pierre Andre ini boleh tahan mengajak golongan muda kembali kepada agama. Dengan kemunculan UAI sudah parti ramai peminatnya akan mengunjungi pawagam. ~suara tv


Addin:

Jikalau ikutkan puak-puak Umno salahkan Red Bean Army yang dinafikan kewujudannya oleh DAP. Namun dalang sebenar masih tidak diketahui yang menyebar fitnah jahat terhadap Ustaz Azhar Idrus.
 
 
Addin

Doris Jones, Balik Sabah Dan Hadapi Dakwaan Ke Atas Anda – UPKO

$
0
0
 
SMS NEWS PORTAL
“Balik Sabah dan hadapi dakwaan ke atas anda,” seru pemangku Presiden United PasokMomogun KadazanDusunMurut Organisation (Upko) Wilfred Madius Tangau kepada Doris Jones



KOTA KINABALU

 “Balik Sabah dan hadapi dakwaan ke atas anda,” seru pemangku Presiden United PasokMomogun KadazanDusunMurut Organisation (Upko) Wilfred Madius Tangau kepada Doris Jones, aktivis yang menerajui kempen ‘Sabah Sarawak Keluar Malaysia’ (SSKM) melalui media sosial.

Katanya, Upko menolak kempen yang dipimpin oleh individu yang tinggal di London itu dan mahu Jones kembali untuk menghadap dakwaan terhadapnya, jika beliau mengaku bertanggungjawab ke atas tindakannya.

Jones pernah berkata bahawa beliau bersedia untuk disoal siasat, kata Wilfred, “tetapi itu sukar dilakukan kerana undang-undang yang ada tidak membenarkan Malaysia membawanya balik ke sini”. Jones mahu didakwa di London dimana Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani, menurut pos terbaru beliau di Facebook.

Wilfred mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Upko terhadap SSKM dan akaun Facebook miliknya yang dikatakan anti semenanjung.

Oleh itu, beliau menggesa ahli-ahli Upko supaya tidak menyertai kempen SSKM kerana secara keseluruhannya, ia mengelirukan rakyat.

Beliau juga menasihatkan ahli parti itu daripada menggalakkan kempen itu dengan menghantar mesej dan artikel yang mereka terima melalui media sosial itu kepada orang lain.

Anggota Parlimen Tuaran itu berkata, Jones yang sudah lama berada di luar Sabah telah berjaya mempengaruhi orang ramai dengan kempennya melalui pelbagai saluran media sosial.

“Mereka menyalin dan menghantar maklumat. Apa yang berlaku ialah ada mereka tidak membaca dengan teliti apa yang diterima. Malah ada yang tidak faham,” katanya sambil menasihatkan anggota Upko untuk tidak menyebarkan kempen itu dalam media sosial.

Menurut Wilfred, masalahnya sekarang ialah orang ramai terpengaruh dengan emosi dan yakin dengan tindakan Jones dengan hanya membuka akaun Facebook dibawah nama SSKM kemudian memuat naik borang-borang dari dalamnya.

Orang ramai katanya, bertanya sama ada mereka sudah menandatangani borang itu untuk memberikan sokongan atau bertanya sama ada mereka sudah menjadi ahli SSKM.

“Mereka yang terpengaruh dengan kempen SSKM adalah mereka yang sentiasa mencanangkan memorandum 20 Perkara.

“Saya tertanya-tanya sama ada mereka memahami Perkara Ketujuh dalam memorandum itu yang berbunyi ‘Tiada hak untuk memisahkan diri daripada persekutuan’. Jika mereka memperjuangkan 20 Perkara, bagaimana dengan Perkara Ketujuh?” soalnya.


Sumber dipetik : Free Malaysia Today

Kongsi Pandangan anda


YB DATUK MADIUS TANGAU,

KENAPA MENDESAK "DORIS JONES" BALIK SABAH UNTUK DIDAKWA?


"EDWARD STEPHEN" DISINI SILA DAKWA.


APA PERJUANGAN UPKO TERHADAP RAKYAT SABAH SELAMA INI?????

Jawapan UAI Terhadap Fitnah Video Seks

$
0
0
 



Status : Dinafikan Oleh Pihak UAI
Mula Disebar : 22 Okt 2014
Tarikh Penafian : 23 Okt 2014

Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.

Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa. - SiakapKeli.com


Adakah Kerajaan Negeri Perak Akan Menyaman Utusan?

$
0
0
 
Thursday, October 23, 2014.  Adakah Kerajaan Negeri Perak Akan Menyaman Utusan?  Persoalannya kenapa Zahid dedahkan perkara ini secara terbuka sedangkan menjaga keamanan dan kesetabilan negara adalah di bawah tanggung jawab kementeriannya?  PAS gesa k'jaan negeri siasat laporan 'mafia' mk - 5:24PM - 23 Oct 2014  Pemuda PAS Perak meminta kerajaan negeri itu membentuk jawatankuasa bersama pihak menyiasat dakwaan akhbar Utusan Malaysia terdapat kegiatan "mafia" di Kuala Sepetang.  Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Yaacob bagaimanapun mengesyaki 'pendedahan' akhbar itu mempunyai agenda politik. "Terdapat juga tuduhan terbaru bahawa ‘ahli politik’ yang dituduh terlibat adalah satu niat jahat yang cuba dimainkan dan secara langsung menjejaskan sektor pelancongan di Kuala Sepetang khasnya dan negeri Perak amnya.  "Jika laporan tersebut tiada asas dan bersifat fitnah, kami berharap kerajaan negeri menyaman dan mengambil tindakan di mahkamah terhadap Utusan Malaysia," kata beliau dalam kenyataan hari ini.  Utusan turut melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui kebenaran pendedahan itu dan mengetahui seorang ahli politik yang hidup dan dibiayai kerjanya hasil kegiatan jenayah Kuala Sepetang.  Sementara itu, Raja Ahmad Iskandar juga berkata, jika dakwaan itu betul, polis sepatutnya meneliti kelemahan risikan mereka sehingga terlepas perkara sebesar itu yang mampu menggugat keselamatan rakyat.  "Bagi kami isu keselamatan adalah isu besar yang sepatutnya diberikan jaminan oleh kerajaan,” katanya.  Posted by mountdweller

Persoalannya kenapa Zahid dedahkan perkara ini secara terbuka sedangkan menjaga keamanan dan kesetabilan negara adalah di bawah tanggung jawab kementeriannya?

PAS gesa k'jaan negeri siasat laporan 'mafia'

mk - 5:24PM - 23 Oct 2014


Pemuda PAS Perak meminta kerajaan negeri itu membentuk jawatankuasa bersama pihak menyiasat dakwaan akhbar Utusan Malaysia terdapat kegiatan "mafia" di Kuala Sepetang.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Yaacob bagaimanapun mengesyaki 'pendedahan' akhbar itu mempunyai agenda politik.

"Terdapat juga tuduhan terbaru bahawa ‘ahli politik’ yang dituduh terlibat adalah satu niat jahat yang cuba dimainkan dan secara langsung menjejaskan sektor pelancongan di Kuala Sepetang khasnya dan negeri Perak amnya.


"Jika laporan tersebut tiada asas dan bersifat fitnah, kami berharap kerajaan negeri menyaman dan mengambil tindakan di mahkamah terhadap Utusan Malaysia," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Utusan turut melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui kebenaran pendedahan itu dan mengetahui seorang ahli politik yang hidup dan dibiayai kerjanya hasil kegiatan jenayah Kuala Sepetang.

Sementara itu, Raja Ahmad Iskandar juga berkata, jika dakwaan itu betul, polis sepatutnya meneliti kelemahan risikan mereka sehingga terlepas perkara sebesar itu yang mampu menggugat keselamatan rakyat.

"Bagi kami isu keselamatan adalah isu besar yang sepatutnya diberikan jaminan oleh kerajaan,” katanya.


Posted by mountdweller

VIDEO - Ucapan Terakhir Anwar Ibrahim sebagai MP Permatang Pauh di Permatang Pauh? (Video Inside)

$
0
0
 

Ada yang berkata ucapan Anwar Ibrahim di program 'Rakyat Hakim Negara' yang dianjurkan oleh KEADILAN Pulau Pinang bertempat di Tapak Ekspo, Seberang Jaya ini adalah ucapan terakhir Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Permatang Pauh.

Ini kerana mereka yakin Anwar pasti akan disabitkan bersalah pada 28 atau 29hb ini dan seterusnya satu Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan.

Keyakinan mereka itu diperkukuhkan lagi dengan gerakkerja yang dilakukan oleh UMNO Permatang Pauh kebelakangan ini.




Selain dari banyak aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat beberapa siri mesyuarat telah diadakan di Bangunan UMNO di Tanah Liat, Bukit Mertajam... mungkin mereka sudah tahu apakah keputusan Mahkamah agaknya..

Bagi Anwar pula.. “Jika ada keperluan memberi kesedaran kepada generasi muda, saya akan hadapi ujian itu.

“Selepas saya, N Surendran, Mat Sabu, beratur… Mereka fikir jika saya dipenjarakan, PR akan hancur tetapi tidak. Ia akan lebih kuat menentang BN. Ini sumpah kami,” katanya...

Saya tak peduli orang nak kritik - Rosmah

$
0
0

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyedari bahawa beliau turut menjadi sasaran kritikan oleh pihak yang tidak menyenangi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka ini hanya mahu tumbang Kerajaan, tetapi mereka tidak boleh buat pada Najib, jadi mereka buat pada saya," katanya dipetik Mstar Online.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2014 di Kelana Jaya semalam.

Beliau mengulas kritikan banyak pihak terhadap pembabitan beliau yang didakwa 'mengawal' Najib dan penglibatan beliau dalam program pendidikan awal kanak-kanak dan Permata.

Menurutnya, sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat sahih atau penjelasan boleh menulis surat ke Pejabat Perdana Menteri.

Walaupun berhadapan dengan serangan peribadi, Rosmah berkata, beliau tidak mempedulikannya dan akan meneruskan usaha mencemerlangkan wanita dan kanak-kanak. - 



HARAKAHDAILY.

LELAKI KEMALANGAN TERPAKSA MENGESOT SELAMA 3 HARI SEBELUM DISELAMATKAN. Kita Bantai Jumaat,

$
0
0


TAPAH: Seorang lelaki yang cedera parah disebabkan kemalangan, terpaksa mengesot selama tiga hari sebelum dia akhirnya terjumpa sebuah perkampungan orang asli.

Di dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang pada hari ahad di Kilometer 62.8 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Tanah Mas dekat Bidor., kereta yang dipandu oleh A. Nocholas Andrew, 33, telah terjunam kedalam sebuah gaung sedalam 20 meter.

Menurut Nicholas, yang menderita patah tangan kanan dan kiri, seorang rakannya R. Thiyagarajan, 34, maut di tempat kejadian.

Nicholas berkata dia hanya minum air dari sungai dan tidur dibawah pokok sepanjang tempoh tiga hari tersebut.

Nicholas menceritakan dia sedang dalam perjalanan pulang kerumah setelah menghantar kad ke majlis perkahwinan saudaranya. Bagaimanapun keretanya hilang kawalan sebelum keretanya terjunam ke dalam gaung.


"Apabila saya membuka mata, saya berada di luar kereta. Saya cuba untuk memanggil kawan saya tapi tiada respon." katanya memetik NST.

Dia cuba untuk keluar dari jurang itu untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal kerana kecederaan yang dialaminya.

"Selepas itu saya membuat keputusan untuk mengesot bagi mendapatkan bantuan", katanya.

Nicholas berkata dia tidak pasti berapa hari dia mengesot sebelum dijumpai oleh orang asli.

"Saya menjerit untuk mendapatkan bantuan apabila ternampak penduduk orang asli dan mereka terus datang untuk membantu saya", kata Nicholas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata mereka dimaklumkan tentang perkara itu pada pukul 4.45 petang pada Rabu. Mayat Thiyagrajan telah pun ditemui dan dihantar ke Hospital Tapah untuk tujuan bedah siasat.

Kedua-dua keluarga mangsa telah membuat laporan polis tentang kehilangan mereka pada hari Ahad.


Read more: http://www.kitabantai.info/2014/10/lelaki-kemalangan-terpaksa-mengesot.html#ixzz3H0w35mO2

PENGUNDI BN SIAL Betul lah najib tak sengaja naikkan harga minyak ??

VIDEO - RAHSIA SEBENAR GERAKAN MANSUHKAN AKTA HASUTAN #AKTAHASUTAN

Pemimpin Pakatan ikrar tunggu Anwar

$
0
0
 Pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan padu malam tadi ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi "ucapan selamat tinggal" dalam berdepan dengan kemungkinan menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes liwat II.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, kira-kira 2,000 penyokong Anwar menunggu mendengar ucapan 'selamat tinggal' beliau kepada pengundi di Permatang Pauh sekiranya beliau gagal membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya bagi tuduhan tersebut.

Rayuannya terhadap hukuman penjara lima tahun itu akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata perhimpunan itu adalah untuk memberitahu Anwar bahawa DAP akan meneruskan perjuangan untuk keadilan "tidak kira apa yang akan berlaku" minggu depan.

Lim berkata mereka akan bersama Anwar sama ada beliau bebas atau berada dalam penjara.

"Perjuangan ini akan membawa kita ke Putrajaya," kata Lim dalam ucapannya di perhimpunan itu di Seberang Jaya malam tadi.

Lim berkata, jika Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, penduduk Pulau Pinang mahu Anwar tahu bahawa mereka akan menunggu kepulangannya.

Dengan gelombang baru reformasi berikut hukuman penjara ke atas Anwar, Lim berkata, Pakatan akan menawan Putrajaya dan Anwar akan keluar lebih awal dari penjara.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula kata beliau mempunyai firasat bahawa Anwar tidak akan ke penjara kali ini.

Katanya, walau apa pun nasib Anwar, Pakatan akan terus bekerja keras untuk membawa pembaharuan kepada politik Malaysia.

PAS Parit Buntar MP Mujahid Yusof Rawa pula berkata,
Pakatan akan menghadapi semua cabaran dengan tenang kerana apa yang lebih penting ialah kematangan gabungan itu dalam menyelesaikan isu-isu yang mengancam untuk memecahbelahkannya.

Perhimpunan tersebut berlangsung selama tiga jam hingga lewat malam.

PKR sebelum itu, memulakan kempen solidiriti bersama Anwar di seluruh negara dan kemuncaknya ialah perhimpunan besar-besaran di mahkamah Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini.




Malaysiakini

Gani Patail fuelling worst crisis of confidence in nation’s history over the role and powers of Attorney-General

$
0
0

The Attorney-General Tan Sri Gani Patail is fuelling the worst crisis of confidence in the nation’s history over the role and powers of the Attorney-General (AG) as a result of his silence over the escalating controversy over non-prosecution of Perkasa President Ibrahim Ali for his threat to burn the Malay-language Bible on the one hand and the sedition blitzkrieg against scores of Malaysians who did not make incendiary statements to create a climate of fear on the other.

This is because the continued absence of satisfactory accountability and acceptable explanation that there have been no arbitrary abuse of the AG’s prosecutorial discretion as highlighted by the decision not to prosecute Ibrahim Ali despite the threat to burn the Malay-language Bible and the mass sedition blitzkrieg have raised serious questions whether the Attorney-General is committed to uphold the Rule of Law and to act as guardian of the public interest.

Gani’s predecessors as Attorney-General, Tan Sri Abu Talib from 1980 to 1993 and Tan Sri Mokhtar Abdullah (1994 – 2000) had their controversies when they served under the country’s most controversial Prime Minister, Tun Dr. Mahathir but Gani Patail had put both Talib and Mokhtar in the shade both in the volume and gravity of controversies since becoming AG in 2002.

Gani has gained another distinction of having been criticized by his predecessor, as last month Talib excoriated Gani Patail for undertaking to review the sedition cases against Pakatan Rakyat leaders, academicians and social activists like Prof Dr. Azmi Sharom after the charges were framed, as the barrage of sedition charges came across as “persecution” and not “prosecution”.



As the former AG said: 

“To charge a person is a very serious matter at it affects the accused’s credibility, standing and dignity.

“It will put the accused in an emotional turmoil. Even, if the prosecution withdraws the charge later, the damage is done.”

The former A-G said during his tenure, he only consented to charges being framed if there was “90% evidence to secure conviction”.

He said charges were also framed based on applicable law, fairness and public interest consideration without influence by a third party.

Talib said Gani’s statement that he would review the charges only gave the impression the decision to charge the accused was made without careful and serious consideration of all the available facts.

“Is he (Gani) admitting that he was not fair and transparent when the accused were first charged, and that is why he is reviewing the cases now? Maybe he should clarify.”

Gani had not only failed to clarify, but had allowed the “white terror” regime of sedition investigations and prosecutions to continue unabated – even pressing for the continuation of sedition trials despite Azmi’s successful application on Oct. 13 to challenge the constitutionality of the Sedition Act in the High Court, an outcome which would affect all sedition cases.

It is now seven weeks since Gani responded on Sept 9 to massive public outrage at the sedition blitzkrieg, announcing that the AG’s Chambers would review the sedition charges against Azmi and others, but nothing has been forthcoming on the outcome of this review, or whether such a review had taken place.

Do the Prime Minister or the de facto law Minister Nancy Shukri know anything about this review of the sedition charges by the AG’s Chambers, or are they completely in the dark as they are unable to demand any accountability from the AG’s Chambers apart from reading their prepared answers in Parliament?

The present status quo of opaqueness from public and parliamentary accountability of the Attorney-General and his Chambers is not maintainable in a modern democratic country committed to accountability and good governance principles – and MPs and Malaysians must demand the AG’s Chambers submit to public and parliamentary scrutiny for accountability.

For instance, MPs and the Malaysian public are entitled to know whether in the exercise of the prosecutorial discretion on the basis of ‘public interest’, are these purely legal considerations or they also involve “political” considerations, and if so, the nature of these “political” considerations.

The letter today by the Court of Appeal Judge, K.C.Vohrah on “Doubt in the administration of justice” (Star October 23, 2014) express the legitimate nagging concerns in many minds.
Vohrah wrote: 

“I had been with the A-G Chambers for 16 years in the 70s and early 80s and the protocol for dealing with parliamentary questions was strict. 

An answer had to go through many layers of scrutiny and approval before being sanctioned by the A-G for release. What has happened to the strict procedure in the A-G Chambers?

“Admittedly the A-G Chambers in my days was, and more so now is, never idle as the volume of problems that come to the chambers for legal opinion is enormous. 

“But in matters relating to parliamentary questions, truthful and accurate statements of law are expected in the august body of Parliament as the A-G is the ultimate adviser of the government in legal matters. 

“There needs to be a re-think probably of the protocol relating to answers to parliamentary questions especially in criminal law matters, and the decision on the law should be for the A-G Chambers and nobody else, except for the courts.”

Vohrah said the AG’s prosecutorial discretion under Article 145(3) of the Constitution to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence is “an awesome power which has to be exercised bona fide and with great professionalism and care.”

He continued: “And any perception that the A-G when exercising such powers, is biased, selective or acts under ministerial pressure or pressure from any group will bring disrepute to the office of the A-G and cause grave misgivings as to the fair administration of the legal system. 

And when mistrust arises in regard to the exercise of such powers it would be to the discredit of the Government.”

Vohrah called for the review and withdrawal of cases where persons have already been charged based on three considerations:

(1) The Sedition Act is an oppressive law and that many jurists and scholars consider sedition (based on common law seditious libel) as obsolete. 

Seditious libel came during a period when the divine right of rulers was not only accepted but believed to be necessary; rulers who dispensed laws were above questions and criticism of rulers was considered sinful as well as unlawful.

(2) That once a person is charged for an offence under the Act, looking at the state of case law in Malaysia, there is no defence that can normally be taken for offences, say, under the Penal Code or other acts creating offences. 

So it appears there can be no defence even of truth, lack of intention, presence of an innocent or honourable intention, absence of consequent harm, or even a lack of possibility or potential for consequent harm. 

Prove the utterance of words as “seditious” (defined circularly and widely) and there is no defence to the utterance. Very oppressive in the 21st century. And to think this is the law in Malaysia, a democratic country. 

(3) That the A-G before exercising his discretion whether to charge a person for sedition must ignore pressure from any quarter, political or otherwise, the noisy and the cantankerous, and the well-meaning and well-intentioned groups (who have not seen the oppressive implications of the law), and focus on whether it is reasonable to charge such a person in the context of all relevant circumstances in an age of “disagreement in ideas and belief on every conceivable subject” which are the essence of our life in modern Malaysia pushing on for developed status in 2020.

Will Gani Patail heed the voice of reason and sanity of an eminent Malaysian jurist, speaking for the overwhelming majority of thinking and reasoned Malaysians?


YB LIM KIT SIANG

Masih Aman Kah Negara Ini ??

$
0
0

Diugut Untuk Disembelih Sebelum Diragut RM15 Ribu




Kota Bharu: "Lelaki itu ugut nak sembelih mak cik dan lepas itu mahu meletakkan mak cik dalam but kereta," kata mangsa samun, Bidah Hasan, 82, yang dilarikan tiga lelaki sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumahnya di Kampung Tunjong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Bidah dipercayai mengalami lebam dan luka ringan di tangan kirinya apabila gelang tangan emas, anting-anting dan cincin emas, dianggarkan bernilai RM15,000, disamun penjenayah terbabit.

Sebaik barang kemasnya dirampas, dia ditinggalkan di tepi Jalan Salor-Pasir Mas, dekat sini, sebelum diselamatkan pemandu lori membawa muatan ais yang menghantarnya pulang ke rumah kira-kira 6.50 petang.

Menceritakan kejadian itu, Bidah berkata, dia sedang berbual dengan seorang jiran berusia 40 tahun di tepi beranda rumah anaknya sebelum terlihat sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki berusia 20 tahun hingga 30 tahun menghampirinya.

"Ketika berbual-bual, tiba-tiba pemandu kereta terbabit mengundurkan kenderaannya dengan laju dan seorang lelaki tiba-tiba menarik makcik dengan kasar supaya masuk ke dalam kereta.

- hmetro

TMJ Dan Khaleeda Bustamam Selamat Bergelar Suami Isteri

$
0
0
 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21 di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari ini.

Kerajaan Umno@Bn laksana GST kerana Petronas kurang minyak

$
0
0
 
KUALA LUMPUR: Naib Prseiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan kerajaan yang bertegas melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah kerana Petronas telah mengalami kekurangan minyak untuk diguna pakai.

Jelasnya, melihat kepada senario tersebut kerajaan seharusnya mewujudkan satu suruhanjaya di dalam Petronas bagi tujuan membawa syarikat minyak itu bertapak lebih jauh.

"Kerajaan sepatutnya mempunyai satu fokus khusus untuk mengembangkan kepakaran yang ada di dalam Petronas sebagai usaha menambah pendapatan negara.

"Cara yang paling terbaik adalah mewujudkan satu suruhanjaya yang akan menentukan atau merealisasikan inovasi baru syarikat minyak itu melalui kepakaran yang ada.

"Ini secara tidak langsung kerajaan tidak perlu bergantung hidup melalui pelaksanaan GST yang membebani hidup rakyat," katanya pada program Bicara Harakah, Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' petang semalam.

Menurut beliau lagi, dengan mewujudkan suruhanjaya ini juga Pertonas mampu berdepan dengan persaingan yang ada dan dapat bertapak lebih jauh lagi.

Beliau yang turut bersetuju dengan kepakaran yang dimiliki Petronas turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, namun kepakaran tersebut tidak dapat dikembangkan melainkan penubuhan suruhajaya.

"Ini yang perlu kerajaan kaji dalam melaksanakan bajet dan kita tidak mahu untuk tambah pendapatan negara rakyat menjadi mangsa.

"Kenapa GST perlu dilaksanakan sedangkan Petronas dapat pergi lebih jauh, melainkan kerajaan lemah dalam memikirkan cara untuk mengendalikan hasil pendapatan negara," katanya.

Tambah beliau, jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah negara ini, suatu pelan inovasi akan dilaksanakan sebagai usaha baru untuk menambah pendapatan dan tidak bergantung kepada poket rakyat  seperti GST untuk sumber pendapatan negara.


MUDAHNYA MUHDALENA NI LARI

$
0
0
 
Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Khamis.

Muhdalena, 30, yang dimasukkan ke HSA pada Ahad lepas kerana bersalin,didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan disini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Hasnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihakpolis di talian 07-2212999.

Sikap Pemuda UMNO Yang Tidak Berpuas Hati Dengan Ayat Al Quran ?

$
0
0

 



Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii supaya tidak membenci Al-Quran kerana mengecam kenyataan "anjing menjelirkan lidah" semalam.

Bekas mufti Perlis itu mempertahankan kenyataan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti "anjing menjelirkan lidah" kerana ia dipetik daripada Al-Quran sendiri.

"Dia bukan menolak saya sebab itu bukan kenyataan saya tetapi ayat Al-Quran yang menyebut bandingan ulama yang menyalahgunakan ilmu seperti anjing yang menjelirkan lidah.

"Allah yang sebut dalam surah al-A'raf ayat 176," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mempersoalkan sikap Pemuda Umno tersebut yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dipetik dalam Al-Quran tersebut.

"Kenyataan Al-Quran itu umum tidak dikhususkan kepada ulama Umno ataupun PAS, kenapa yang beliau terasa sangat?

"Saya menyeru Pemuda Umno itu untuk beriman dan berpuas hati serta jangan membenci Al-Quran," katanya.

Katanya, jika Pemuda Umno tersebut menolak Al-Quran ia bukan suatu yang baik sebaliknya akan merosakkan akidah beliau.

"Sebagai umat Islam saya menyeru beliau beliau agar beriman dan terimalah Al-Quran. Menolak Al-Quran itu merosakkan akidah,” katanya.

Semalam, Razlan berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan saja memalukan malah secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.

Selain itu, katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekeh orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanis (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.

Beliau merujuk kepada entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis:"Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"

Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.

Selepas itu Asri menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.


"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," kata Asri. Sumber

Tindakan BN beri imej buruk M'sia di mata antarabangsa RAFIZI RAMLI |

$
0
0
 
SAYA sudah menjangkakan bahawa akan ada pimpinan Umno/Barisan Nasional yang menggunakan taktik lama menuduh bahawa pimpinan Pakatan Rakyat memburukkan negara di peringkat antarabangsa setiap kali ada pertemuan di antara kami dan pimpinan negara luar.

Kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim dua hari lepas kononnya saya dan rakan-rakan delegasi Keadilan yang lain memburukkan nama Malaysia dalam pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishops dan ahli-ahli Parlimen Australia yang lain tidaklah mengejutkan.

Saya membincangkan isu-isu berhubung kecenderungan Umno/Barisan Nasional menggunakan kempen yang memanipulasi agama dan perkauman untuk kekal berkuasa, selain dari tindakan-tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan pihak yang berbeza pendapat dengan menggunakan Akta Hasutan dan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu-isu ini bukanlah perkara yang baru dan telah menerima liputan meluas di peringkat antarabangsa. Apatah lagi apabila Umno/Barisan Nasional enggan bertindak terhadap ugutan-ugutan perkauman dan manipulasi agama yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional; contohnya ugutan untuk membakar Bible yang dibuat oleh Datuk Ibrahim Ali.

Malah, tindakan Umno/Barisan Nasional yang terus menyalahgunakan institusi undang-undang untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain melalui Akta Hasutan telah pun meletakkan fokus masyarakat antarabangsa kepada rekod hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin merudum.

Dalam pertemuan saya dengan Human Rights Watch dan Amnesty International, saya telah dimaklumkan bahawa laporan tahunan hak asasi manusia bagi tahun 2014 yang bakal dikeluarkan oleh Human Rights Watch akan mengkritik rekod hak asasi manusia yang semakin buruk kerana beberapa tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional terutamanya pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penggunaan Akta Hasutan.

Human Rights Watch dan Amnesty International juga peka dengan kecenderongan Umno/Barisan Nasional kebelakangan ini untuk menggunakan seksyen-seksyen tertentu dari Kanun Keseksaan (Penal Code) sedia ada bagi tujuan pendakwaan politik dengan memberi gambaran seolah-olah pendakwaan tersebut adalah siasatan jenayah biasa.

Oleh sebab itu, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar ikhlas mahu menjaga nama baik Malaysia di mata antarabangsa, ia perlulah menghentikan tindakan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan amalan demokratik. 


Tindakan Umno/Barisan Nasional selama inilah yang sebenarnya telah pun menarik perhatian masyarakat antarabangsa kepada rekod demokratik dan hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin buruk.

Saya suka mengingatkan Umno/Barisan Nasional bahawa dalam suasana dunia sekarang, sebarang tindakannya yang bertentangan dengan adab demokrasi akan mengundang kecaman dan tindak balas dari banyak pihak di seluruh dunia.

Sekiranya ada campur tangan politik untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecaman dan tindak balas itu bukan sahaja datang dari negara-negara lain dan badan-badan antarabangsa, malah ia mengundang satu lagi gelombang aktivisme di kalangan pelajar-pelajar Malaysia luar negara dan rakyat Malaysia di luar negara seperti mana yang berlaku di dalam tahun 1998 dahulu.

Pertemuan saya dan rakan-rakan dengan mahasiswa Malaysia di Melbourne, Adelaide, Perth, Canberra dan Sydney membuktikan bahawa mahasiswa Malaysia (baik yang di bawah tajaan atau persendirian) mengikuti perkembangan politik di Malaysia dengan dekat. 


Lahirnya kumpulan mahasiswa seperti Malaysian Progressives (MP) di Australia yang menganjurkan siri dialog dengan mahasiswa bagi menggalakkan kesedaran politik di kalangan mereka membuktikan Umno/Barisan Nasional tidak boleh mengambil mudah keberanian dan kematangan mahasiswa Malaysia di luar negara yang akan memberi tindak balas kepada perkembangan politik di Malaysia.

Pimpinan Keadilan akan terus menjalin hubungan rapat dengan rangkaian ahli politik di seluruh dunia yang mempunyai pandangan yang sama mengenai hak demokratik, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. 


Itu adalah hak kami sebagai ahli parlimen dan pimpinan sebuah parti politik yang sah dan telah mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Taktik menuduh kononnya pembangkang suka memburukkan nama Malaysia di mata antarabangsa yang selalu digunakan Umno/Barisan Nasional tidak boleh dipakai lagi. Umno/Barisan Nasional bukanlah Malaysia dan tindakan buruk mereka tidak melambangkan rakyat atau negara Malaysia, apatah lagi bila mana Umno/Barisan Nasional adalah kerajaan minoriti yang hanya mendapat sokongan 47% pengundi dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu. -  



HARAKAHDAILY 24/10/2014
Viewing all 12663 articles
Browse latest View live